Angkara band dari Kulim, Kedah ini merupakan antara band beraliran d-beat yang agak aktif menghasilkan material. Kami di DtE pernah membuat review proper tape mereka bertajuk An Anger of Wars Distortion (2011). Setelah itu mereka terlibat dalam sebuah split 4 ways bertajuk Capitalist War Holocaust (2012) bersama Exkoriator (Singapore), Diskangkung (Johor) dan Geen Naam (Kuala Lumpur). Jika mengikut discography, selain demo awal mereka (Serangan Suara), Angkara turut menghasilkan demo bertajuk Violation pada 2014. Terkini Angkara telah menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Dogma (2016) dimana pada peringkat awal ianya dikeluarkan dalam format kaset dan kemudiannya format CD dikeluarkan oleh Broken Noise dengan kerjasama Green Peace Records, Disco346 dan Zuath Generation Distro.

Rizal (Vocals/Guitars), Aziman (Drums), Cerd (Bass)

Tracklist :

1 – Intro
2 – Alarm Violation
3 – Stop Feudal Democracy
4 – Back In Anger
5 – An Anger Of War
6 – Bomb
7 – Avoid
8 – Fuck Zion
9 – Dogma
10 – Provokasi
11 – Rationalization

Dogma (2016) melalui proses rakaman di Warehouz Studio, Seberang Perai Pulau Pinang. Memandangkan gua tau sikit pasal studio ni so gua rasa Gary Chin adalah sound engineer yang terlibat sepanjang rakaman ini.

Berdengung jugak telinga apabila layan full swing CD Dogma ini. Walaupun seawal intro sound sampling siren agak meleret seminit lebih tapi berbaloi bila mana 10 track yang terkandung memang tak henti2 semangat dan penuh kerancakkan. Rata2 adalah fast track yang berdurasi seminit sehingga 2 minit lebih. Discharge, Disclose dan band2 yang mula dengan “Dis” memang kena dan ada sipi2 dengan apa yang dihasilkan dalam Dogma ini. So itu gua rasa sah antara pengaruh Angkara dalam berkarya.

Ok, feberet track gua tak lain dan xbukan An Anger of War. Ini track memang kacip bila tiba2 tukar mood tapi masih rancak dan tenaga tu tak putus2 dari mula sampai habis.

Sound produksi boleh kira bagus dan overall sound masih dalam keadaan seimbang. Gua rasa ini rakaman paling bagus dari Angkara setakat ini. Bila dengar banyak2 kali dengan tahap kepekaan telinga yang cerewet, gua rasa Dogma masih boleh up lagi level nya untuk lebih meletup hasil akhirnya. Tapi ini sudah bagus sebenarnya untuk band yang membawa genre sebegini.

Sepanjang gua layan album ni, gua rasa ini antara keluaran rentak dbeat yang paling rancak untuk 2016. Terus menerus dengan lagu2 berentak kemarahan, power chord mudah dan basic drum untuk genre sebegini sudah cukup untuk menghasilkan sebuah album yang jitu dan boleh bernanah telinga jika dengar 24 jam hahaha.

Angkara – Live at Ipoh Blast Fest 2016

Ok, untuk mendapatkan Dogma untuk format awal iaitu kaset, sila hubungi Angkara sendiri melalui link2 yang kami sediakan dipenghujung entry, manakala untuk yang mahukan format CD sila tatapi flyers yang disediakan untuk menghubungi wakil2 jualan dari distro2 terlibat. Ok, ini produk sangat rancak. Sila tangkap sebelum ianya habis…

Angkara
Email
Facebook
Bandcamp

2 thoughts on “Angkara – Dogma (2016)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected