Bohren und der Club of Gore – Patchouli Blue [Full Length, 2020]

0

Jika hari anda berlalu perlahan, terasa berat dan hujan pula di waktu malam, anda perlukan Bohren und der Club of Gore sebagai soundtrack untuk menutup hari anda. Atau kalau anda berangan nak jadi detektif dalam filem noir, pun boleh.

Otai noir jazz/ambient ini kembali dengan album penuh Patchouli Blue. Ini bukanlah jazz standard yang anda biasa dengar tetapi lebih kepada crawling pace, bergelumang dengan tiupan seksi saksofon yang dituruti piano yang melankoli dan percussion super minimal dengan tempo seakan Doom Metal (tapi bukan Metal). 

Sebenarnya tak terkejut pun kalau ada yang kaitkan muzik mereka seperti runut bunyi filem porno kerana sejujurnya, they sound sexy, super slow and dark. Dengan arrangement yang enak, tak hairanlah band ni tak pakai vokalis pun (kecuali satu keluaran yang menampilkan Mike Patton, yang juga best gila).

Saya meminati BudCoG dengan gaya mereka yang dark dan misteri. Untuk sebuah band jazz, ini adalah di luar kebiasaan! Dna bila saya dah lemau mendengar Metal (ya, ada masa kita perlu rileks kejap), mereka adalah alternatif kepada feel yang dark, hopeless dan negative tanpa perlu bingit seperti Metal. Saya sifatkan mendengar Patchouli Blue (dan terbitan mereka yang lain) adalah untuk pendengar hanyut dalam emosi yang numb di kala luar hujan sayup, ditemani secawan kopi dan rokok sekotak. Tiada kejutan, tiada teknik melampau… hanya slow ride into oblivion.

Patchouli Blue kini terdapat di pasaran dalam format CD dan piring hitam.

FFO: The Kilimanjaro Darkjazz Ensemble, Heroin and Your Veins, Ulver.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected