Blood of the Wolf – I: The Law of Retaliation (2015)
Gitar & Vokal – Mike Koniglio
Gitar – Frank Garcia
Bass – Brandon Waszak
Dram – Max Colunga
I: The Law of Retaliation
1. Annihilation Overture
2. With Iron Weapons and Will
3. Ours is the Blood of Courage
4. Overretaliate
5. The Darkness of Chaos
6. Bellicose Ethos
7. Of Strength and Valor
8. Borne of Wind and War
9. Lex Talionis
10. With Satan and Victorious Weapons (Marduk cover)
“Pesta Blastbeat yang Menggila”
Blood of the Wolf merupakan band Blackened Death Metal dari Chicago. Ditubuhkan pada 2013, I: The Law of Retaliation merupakan album penuh sulung mereka setelah menerbitkan demo pada 2013 dan single pada 2014. Sekalipun Blood of the Wolf (selepas ini dirujuk sebagai BotW) berasal dari Chicago, gaya muzik mereka lebih berkiblatkan kepada Black/Death Metal ala Eropah. Kala rakan-rakan senegara mereka masih menggilai post/ambient black metal, BotW jelas sekali memuja gaya Metal Eropah yang pantas dan kejam.
10 trek yang ditawarkan sebenarnya tidaklah begitu panjang durasinya. Sekadar mencecah 36 minit, I: The Law of Retaliation bolehlah dikatakan sebuah album pengenalan yang decent. Trek terakhir merupakan lagu saduran Marduk daripada album World Funeral. Sebenarnya lagu terakhir ini memberi petunjuk yang sangat jelas akan pengaruh mereka. Dengan pesta blastbeat yang mendominasi keseluruhan album dan lagu-lagu yang menjurus kepada tema peperangan, kita sebenarnya boleh mengagak yang Marduk adalah rujukan utama mereka, dan ia bukanlah a bad thing. Seperti Marduk, blastbeat non stop dengan gitar yang violent tetapi bermelodi (tetapi tidaklah seperti melodic death metal) menjadi modal utama kepada pendengar untuk menikmatinya.
Trek-trek disyorkan:
With Iron Weapons and Will
Drumming yang menggila dan constant sepanjang lagu menaikkan adrenaline saya untuk terus menikmatinya. Trek yang bagus untuk hook pendengar terus melekat sehingga habis album. Saya menyedari ada masanya tone dan gaya permainan gitarnya (secara keseluruhan album) seperti Belphegor.
Overretaliate
Masih menggila lagi. Seperti Marduk, kebanyakan trek BotW didominasi drum yang menggila dan ini tidak terkecuali. Saya menyukai solo trek ini yang bergulung-gulung, dan berjaya memecah monotony trek-trek lain yang kebanyakannya mempunyai mood yang sama: blastbeat sampai kering. Gitaris Everdying, Johnny Dove membuat penampilan istimewa dalam trek ini.
Of Strength and Valor
Vokal sedikit high pitch membuka trek ini. Saya gemarkan trek ini kerana feelnya yang dinamik dan menggalakkan headbang dan melemparkan devil’s horn ke udara. Kena sekali dengan tajuknya yang macho dan bersemangat.
Lex Talionis
Macam Marduk. Malah, saya rasa ini trek paling ganas oleh BotW. Terasa sekali bezanya dengan trek lain yang ada kalanya macam sloppy tanpa dinamik.
Sebagai album yang pertama, ‘I: The Law…’ menanggung banyak expectation. Pada saya, BotW cuba memberi their best shot dan boleh dibuktikan pada beberapa trek. Namun saya tidaklah berapa menggemari tone keseluruhan album ini yang nyata tidak berapa berat. Terlalu bersih; dari tone gitar kepada dramnya yang nyata seperti dipolish. Saya menyukai Marduk kerana bunyinya yang kasar dan elemen war metalnya yang laju nak mati. Saya tidak expect BotW untuk meniru 100% seperti Marduk, tapi come on, tolonglah jangan overpolished. Dan ini turut terpalit pada lagu cover Marduk. Terlalu bersih. Pada kebanyakan masa vokal BotW lebih cenderung kepada hardcore shout (saya agak lebih kepada metallic hardcore?), barangkali kerana mereka berasal dari Amerika? Saya tak berani mengagak. Cuma saya rasa sedikit funny, macam band War Metal didepani Rick Ta Life. Tapi hey, not a bad effort. Barangkali sound engineer Joe Tiberi juga memainkan peranan dalam menentukan sound mereka.
5/10
Untuk peminat Marduk dan Belphegor.