Blinded for Lies – Unity (Full Length, 2016)

0

Saya tidak berapa mengikuti pergerakan Metalcore, jadi saya tak pasti trend Metalcore masih lagi relevan atau tidak di tahun 2016 ini. Yang saya perasan banyak band yang cuba crossover dengan genre lain, seperti merojakkan Metalcore dengan Djent, Pop Punk, Nu Metal, Trance/Electronic dan sebagainya. Itupun saya rasa macam dah lama trend rojak ni berjalan sejak 3 atau 4 tahun lalu. Selain tu saya dapati banyak band baharu yang cuba rehash stail Metalcore lama, sebagai contoh anda boleh baca review I Am Noah yang berbunyi seperti Metalcore di zaman kemuncak. Nampaknya Blinded for Lies juga tidak terkecuali untuk revisit sound Metalcore di zaman gemilang dengan keluaran Unity ini.


1. Together
2. Opposites
3. Farewell
4. Dream Breaker
5. Father
6. Wasteland
7. Astray
8. Heavy Hearted
9. Main Life
10. Alone

Band yang berasal dari Canary Islands ini menerbitkan Unity pada Julai 2016 yang merupakan produk kedua selepas EP The Crown We Built. Metalcore bawaan Blinded for Lies nyata lebih terarah kepada haluan yang groovy dan harsh dengan sedikit elemen teknikal. Senang cakap, banyak elemen chug-chug, percussive dan breakdown berat tak terangkat kedengaran di sana-sini. Pendengar buat pertama kali akan boleh menangkap pengaruh daripada Parkway Drive dan For the Fallen Dreams terutamanya daripada tone gitar dan vokal. Saya menggemari tone gitarnya yang tebal dan lazat didengar. Permainan dram cukup perisa groove dalam mengemudi haluan setiap trek. Vokal Nico Martin yang low dan berkahak mengingatkan saya kepada bekas vokalis FTFD iaitu Dylan Richter. Tidak banyak variasi dari setiap trek ke trek, dan tiada pembaharuan yang ditawarkan. Unity adalah album yang play safe yang mengikut formula yang digunakan oleh influence mereka. Kalau anda mencari pembaharuan, Unity tidak menawarkannya. Namun tak bererti Unity adalah album yang lemah. Dari segi kemahiran, Blinded for Lies adalah tight dan kemas untuk band Metalcore dan songwritingnya tidaklah lemau. Biasa-biasa saja. Cukuplah untuk lepas geram dan bikin playlist di gym untuk leg day, mungkin. Kegemaran saya adalah trek Heavy Hearted yang laju dan tiada kompromi.


Unity bagaikan sebuah throwback kepada era Metalcore sedang meningkat naik. Pada yang nak mengimbau kembali kenangan anda mosh bagai nak rak dan two steps bersama rakan-rakan, album ini mungkin boleh mengembalikan nostalgia anda sekitar era emas 2006-2009. Saya tidak arif dengan genre Metalcore, jadi sebagai pendengar yang kasual, saya dapati Blinded for Lies banyak memanfaatkan open chord chug dalam memberi feel yang heavy. Anda mungkin akan rasa muak lepas 2 atau 3 lagu kerana mereka nyata menggunakannya dalam setiap lagu dan lepas tu dah terasa semua lagu sama.  Namun begitu, saya pasti peminat Metalcore yang sukakan style sebegini pasti jadi hilang akal dengan approach yang saya kira dah macam klasik untuk genre ini. Unity adalah album yang boleh dibuat layan sekiranya anda rasa Metalcore circa 2006-2009 masih relevan dan penat dengan trend Metalcore sekarang.

Trek dicadangkan: Farewell, Dreambreaker, Heavy Hearted, Alone.

Untuk peminat: Parkway Drive, For the Fallen Dreams, Misery Signals.


Dapatkan Unity di sini.
Dapatkan berita terkini Blinded for Lies di sini.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected