Ballad for Layla – The Awakening EP (2011)

2
Maaf gua terlalu occupied dengan kerja-kerja 2,3 bulan ni. Disamping dengan tugasan biasa yang makin bertambah (iya event-event club terlalu banyak untuk dihadiri termasuk juga konsert-konsert!), ditambah pula dengan freelancing yang gua saja gatal-gatal ambik (check it out gua ada kolum dekat majalah Karisma sekarang yay!) makin tak tentu hidup jadinya. Anyway, kali ni gua nak review EP daripada band Metalcore KL yakni Ballad for Layla. Sebenarnya CD ni gua dah dapat dalam 2 bulan lepas kot, tapi disebabkan kesempitan masa gua nyaris lupa nak usik pasal CD ni. Ok jom mula!
Merupakan release pertama daripada band yang berasal dari Gombak, Ballad For Layla membawakan metalcore dengan tema yang sedikit lari daripada kebiasaan band metalcore iaitu perang dan semangat setiakawan (yang ni biasa kot brotherhood spirits). EP The Awakening mengandungi 5 trek termasuk intro dan interlude. 
Setelah banyak kali memutar EP ini gua dapati sound synth/keyboard memainkan peranan dalam membentuk kesemua trek dalam EP ni, gua rasa kalau soundnya lebih fat dan pelbagai serta lebih organik, tak mustahil diorang boleh tarik perhatian mamat-mamat metal yang gemar sound symphonic metal. Guitars pula memainkan peranan yang selengkapnya dengan riffing yang sentiasa berat dan harmonik. Gua puas jugak dengar ada selit solo-solo gitar yang okay lah takde nak bikin solo wankering tapi naisssss bak kata budak-budak sekarang. Vokal One Jet (yang juga bermain untuk Massacre Conspiracy) alternate dengan low growl dan jugak fry screams diselangi dengan clean vokal lemak bersari di bahagian korus memberi dimensi yang lebih meluas kepada gaya muzik BFL. Cuma yang gua sedikit kesal adalah dengan drum nya. Obviously drum dalam EP ni tidak menggunakan pemain drum sebenar atau dalam bahasa mudahnya menggunakan programmed drum. Gua tak tau apa sebabnya diorang enggan nak guna drummer diorang dalam recording, dan gua kecewa gak sebenarnya sebab takde feel organik dalam recording EP ni. Lagi satu adalah packaging: gua gemar kalau band yang release physical copies kalau disertakan dengan lyrics dan jugak gambar-gambar serta info yang lebih details. Malangnya dalam bab ni BFL kureng sikit ah. Okay jom tengok satu persatu trek dalam EP ni.
Prologue – Intro kepada EP ni. Memberi pendengar semangat kepada trek-trek yang mendatang. Agak epic juga dengan keyboard yang berbunyi simfonik dan kalau teliti lu orang dengar ada rasa macam rentak marching sket. Barangkali nak bagi feel marching ke medan perang? Atau nak bagi rasa vibe berada di tengah-tengah battle? Apa pun ia satu attempt yang bagus sungguhpun bunyi synth Syamim macam soundtrack game zaman komputer masih guna sistem DOS. Sekali dengar macam soundtrack game Warcraft 2.
Trudy Trueblood – Merupakan fan favourite. Dan jugak favourite gua. Gitar dan keyboard menyinar dalam trek ni. Vokal juga menunjukkan vokalis cuba mempelbagaikan pembawaan vokal yang berselang seli. Faveret gua adalah build up moment sebelum chorus di bahagian akhir yang bagi gua membawa semangat terus berkobar-kobar untuk terus bermoshing! Mesti dengar.
Beyond the Aurora – Permulaan lagu ala-ala lagu balada, siap dengan vokal lemah lembut, tapi gua salah rupanya sebab lepas tu terus meletup dengan intensity yang lu orang boleh expect bagi sebuah band Metalcore. Menjelang tengah trek gua dah sedikit muak dengar sebab gua rasa macam pembawaan vokal macam takde variasi sangat namun diselamatkan oleh solo gitar di penghujung lagu. Boleh layan lah.

Riddles of the Dark – Interlude, hanya instrumental dimainkan oleh synth/keyboard dan drum. Syamim adalah seorang keyboardist yang decent!

The Awakening – For some reason gua lebih suka skip lagu ni dari dengar sampai habis. Barangkali dia punya vibe dekat-dekat macam trek kedua. Apa pun gitar solo memang penyelamat untuk lagu ni. Kredit untuk kreativiti kedua-dua gitaris.
The Dead Marshes – Panjang durasi lagu ni. Gua expect sesuatu yang epik. Dan BFL berjaya deliver dengan baik.Antar trek yang menjadi fan para peminat BFL.Wah siap ada break di tengah lagu bagi chance part piano jadi highlight. Sekali lagi gitar memang menyinar, bukan takat main riff-riff berat sahaja. Penamat lagu diakhiri dengan piano piece yang bagi gambaran aftermath of a battle. Hiba, penat dan kecewa. Entah, dengar la sendiri ya!
Pro: Tema peperangan/struggle yang unik, keyboard dan gitar menjadi highlight untuk EP ni.
Cons: Penggunaan drum machine agak merendahkan markah untuk EP ni.
Rate: 6.5/10
Ballad for Layla boleh dihubungi di sini.
*Crap. Gua tak jumpa cover EP ni kat Internet! Nampaknya gua kena scan la cover EP tu. Nanti gua update lagi

2 thoughts on “Ballad for Layla – The Awakening EP (2011)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected