Ayyur – Prevail [Full Length, 2023]

0

Band Black/Doom Metal Tunisia, Ayyur akhirnya mengeluarkan album pertamanya berjudul Prevail melalui Armée de la Mort Records, Hidden Rooms Recordings dan Xenoglossy Productions. Masih meneruskan stail dan sound daripada EP The Hidden Rooms Session I, album Prevail masih bertemakan desolation berteraskan Tunisian mysticism.

Prevail pula menjalin sound antara Black Metal (yang mengingatkan saya kepada Burzum, music-wise), crawling pace Doom Metal di beberapa tempat dan semestinya Ambient serta regional folk influences.

Prevail membolehkan pendengar meneroka lebih banyak sisi Ayyur, namely more screaming vocals. EP sebelum ni lebih banyak menjamu pendengar dengan vokal berbisik dan treatment Ambient. Prevail pula menjalin sound antara Black Metal (yang mengingatkan saya kepada Burzum, music-wise), crawling pace Doom Metal di beberapa tempat dan semestinya Ambient serta regional folk influences. Pada saya, album ini mempunyai feel yang sinister dan isolation yang kuat disebabkan kehadiran Ambient pieces. Bila dengar, terasa seperti sesat di tempat yang terasing dan perasaan negatif menyelubungi diri.

Prevail adalah satu sonic journey yang anda kena duduk dengar sorang diam-diam dan hanyut, sungguhpun ia adalah terbitan Black Metal. Trust me, find a dark spot, play Prevail in its entirety to understand it.

Saya masih menyukai tone gitar Ayyur yang buzzing, tetapi tidak kering. Ia seakan complement the atmosphere. Jelas sekali gitar dalam Ayyur kedengaran membentuk feel yang desolate bersama-sama . Dram pula ikut mood lagu, ada ketikanya merangkak, ada masa pantas membalun. Paling noticeable sekali adalah vokal yang croaking daripada Angra Mainyu menanam feel terasing dan introspective. Trek penutup pulak cantik dipersembahkan menggunakan Algerian mandole yang memberi feel folk yang mengawangi tema desolation untuk kali terakhir dalam album ini. It’s beautiful. Saya sebenarnya berharap Ayyur meletakkan lebih banyak folk music touches dalam Prevail, kerana ini adalah antara faktor yang menarik perhatian saya semenjak terbitnya EP Hidden Rooms Session I. Dan Prevail adalah satu sonic journey yang anda kena duduk dengar sorang diam-diam dan hanyut, sungguhpun ia adalah terbitan Black Metal. Trust me, find a dark spot, play Prevail in its entirety to understand it. As usual, I like it but Prevail could have been better with more folk music touches.

Prevail kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Burzum, Wolves in Throne Room, Xasthur

Ayyur boleh ditemui di: https://ayyur.bandcamp.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected