Ayyur – Hidden Rooms Sessions I [EP, 2022]

0

Projek Black/Doom Metal bernama Ayyur dari Tunisia ini menarik perhatian saya untuk beberapa sebab. Pertama, obviously adalah lokasi band ini dari negara yang saya jarang dengar band-band dari sana. Yang kedua adalah tema dan stail yang dibawakan bersifat regional dan mempunyai sentuhan budaya Berber. Apa saja yang bersifat asing dan diletakkan dalam konteks muzik Metal adalah menarik untuk difahami. At least untuk saya. EP Ayyur berjudul Hidden Rooms Sessions I ini dikeluarkan melalui Xenoglossy Productions dan Hidden Rooms Recordings. Ini merupakan installment pertama untuk trilogy Ayyur.

Hidden Rooms Sessions I sekadar memakan 20 minit diwarnai feel desolated dan Berber mysticism yang majoritinya digambarkan melalui permainan gitar dengan tone yang clean dan bergema. Ada trek yang menggunakan tone gitar yang distorted dan diiringi permainan dram namun tidaklah terlalu keras. Malah keseluruhan EP ini adalah ambient-heavy dan mempunyai feel Burzum era Filosofem dan penjara berbanding berbunyi Black/Doom Metal seperti diberitahu. Sebenarnya saya lagi menyukai feel ambient dan atmospheric sebegini yang bring out characteristics desolated yang dibawakan oleh Ayyur. Mendengar Hidden Rooms Sessions I boleh digambarkan seperti berjalan di padang pasir di waktu bulan mengambang (Ayyur bermaksud Bulan dan merupakan dewa Bulan dalam budaya Berber) dan melihat endless desert yang membuat anda menyedari yang betapa insignificantnya kewujudan anda berbanding alam yang luas ini. Trek seperti To The Ancient Ones menggambarkan suasana ini dengan deruan angin menampar-nampar telinga sambil clean guitar dengan reverb menggambarkan feel yang distance. Trek-trek lain termasuk yang mempunyai elemen Black/Doom Metal turut membawa feel yang serupa, kecuali diperkuatkan dengan permainan gitar yang soul crushing dan melancholic. Ayyur mempunyai memorable riffs dan sedap dilayan. Anehnya Ayyur mempunyai little to no vocals kecuali di beberapa tempat yang memanfaatkan spoken words yang heavily processed dan muffled. But it’s really fine, kerana had Ayyur employed full vocals, feel desolated ini mungkin akan dicacatkan.

Overall, Hidden Rooms Sessions I merupakan terbitan yang menarik untuk stail Metal yang ambient-heavy. Actually I wouldn’t even say it’s a Metal release. Tapi itu bukanlah penting untuk saya kerana saya lebih tertarik dengan feel yang disampaikan yang memberi perasaan terpencil, terasing dan insignificant against the universe. Kalau ada benda saya nak point out pun, saya lebih mengharapkan ada sentuhan muzik rakyat Tunisia atau Berber untuk memperkuatkan appeal Ayyur. But this is good enough untuk buat saya jadi curious. Saya recommend anda untuk cuba dengar EP ini jika anda jenis suka layan perasaan tetapi nak jadi dark pada masa yang sama.

Hidden Rooms Sessions I kini terdapat dalam format kaset (sangat terhad) dan muat turun digital.

FFO: Burzum (era ambient), Wolves in Throne Room (era Celestite), Xasthur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected