Autumn Tears – The Air Below the Water [Full Length, 2020]

0

Band Neo-Classical Darkwave dari AS, Autumn Tears baharu sahaja mengeluarkan album penuh ketujuh bertajuk The Air Below the Water (selepas ini TABTW) pada pertengahan Januari yang lalu. Album yang diterbitkan melalui Dark Symphonies menampilkan 40 pemuzik dan vokalis memberikan terbitan ni padat dengan sound yang dramatik, melankolik dan hauntingly beautiful.

 

Bilangan pemuzik yang ramai menyebabkan jumlah output album ini cukup banyak; 18 trek semuanya! Kebanyakan kumpulan Darkwave yang saya layan seperti Narsilion, Nox Arcana dan Daargard mencorak muzik mereka dengan gaya bombastik, high fantasy dan perisa Gothic, tetapi Autumn Tears yang memang old-timer pulak membawa feel yang benar-benar berbeza.

 

Kekuatan TABTW adalah barisan vokalisnya dengan pelbagai range dan gaya selain composition muziknya yang mempunyai feel seakan ditulis untuk soundtrack filem dan animasi. Ambil ‘Sentient Idols’ sebagai contoh, memang sesuai sebagai background muzik untuk filem stail Tim Burton kerana feel Gothic yang kuat, atau ‘Convalescence’ sebagai muzik tema filem putus cinta teruk, atau ‘In the Glade’ seakan muzik iringan filem Disney atau anime dengan pitch vokalisnya yang tinggi, almost ethereal dan crystalline.

 

Saya takde nak cakap banyak tentang TABTW. Ia adalah album yang mempunyai banyak feels dan pelbagai lantaran sumbangan muzik daripada ramai individu hebat. Dan feel cinematic yang terselit di sana-sini membuatkan saya terasa nak tengok Netflix pulak. Good stuff!

 

The Air Below the Water terdapat dalam format CD berkembar (terhad 500 salinan) dan muat turun digital.

 

FFO: Narsilion, Nox Arcanna, Dargaard, Dark Sanctuary

 

#autumntears #theairbelowthewater #darksymphonies #neoclassical #darkwave #USA #newalbum #underground

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected