Ataraxique – Ataraxique (EP 2014)
Band ini agak membuatkan gua teruja apabila pertama kali layan video dari youtube single mereka bertajuk “Pride’. So gua ambik inisiatif untuk mengenali band ini melalui laman facebook mereka. Ataraxique merupakan sebuah band yang membawa aliran Progressive Metal yang agak berat. Difahamkan mereka bermula sekitar pertengahan 2012 dengan nama Forsake Me Not. Kemudian berlaku perubahan line up seterusnya menuju kepada perubahan hala tuju atau music direction mereka seterusnya menukar nama kepada Ataraxique. Terkini 6 entiti yang memegang peranan masing2 didalam Ataraxique telah melahirkan sebuah EP self-title mengandungi 3 buah lagu yang mana ketika gua menulis ini ianya baru sahaja rilis tak sampai lagi seminggu. haha.. Sebelum terlupa Ataraxique merupakan band dibawah label TFHM.
EP ini melalui proses rakaman di Trivia Studio, Petaling Jaya Selangor. Gua berpendapat Affan bertindak sebagai sound engineer untuk proses rakaman ini (sekadar dinyatakan nama dan studio pada poket CD ini).
Pride yang terlebih dahulu rilis sebagai single melalui youtube. Sebuah track yang cukup bertenaga dengan gabungan scream dan growl dari vocalist band ini. Kedengaran pengaruh melodic metalcore melalui riffing gitar dan nyanyian bersahaja clean vocal. Gua cukup suka solo gitar track ini. Dua kali solo gitar yang cukup mencengkam jiwa.
Gluttony terus terang gua katakan adalah track pilihan gua. Komposisi yang cukup solid. Layer keyboard yang bijak kadangkala seakan mendengar Cradle of Filth. Hahaha.. Pre-chorus yang catchy dari riffing gitar yang membuatkan gua teringat akan riffing2 In Flames. Pertengahan track milik keyboardist dan pemain gitar utama. Solid benar track ini, ada flow turun naik dalam komposisi lagu nya. Solo gitar pada suku terakhir track cukup syahdu dan power!
Greed awalnya seakan mendengar Dark Tranquillity melalui mood yang dicipta sebelum verse bervocal muncul. Chorus yang catchy ditambah dengan nyanyian yang boleh jadi dari suara perempuan. Track ini agak beremosi didalam mood yang berat dan lembap. Seperti track kedua, pertengahan track ada tempo perlahan yang di dominasi sentuhan keyboardist dan solo feel in gitar dicelah2 sebutan lirik oleh vocalist. Solo gitar yang tidak terlalu bahaya namun punya feel tersendiri yang kena dengan progression chords lagu.
Dari segi sound produksi, EP self-title ini sudah boleh dikatakan mencapai tahap profesional album. Sound yang dihasilkan cukup cemerlang dan senang cakap boleh jual keluar negara. Cukup membanggakan dan antara produk tempatan yang gua suka setakat ini.
Secara peribadinya gua berpendapat Ataraxique sudah boleh berkira untuk langkah seterusnya sama ada tour, perancangan album penuh disamping mempromosi EP ini dalam masa terdekat ini. Mereka punya konsep tersendiri walaupun Progressive Metal yang dihasilkan mereka tidak terlalu teknikal sangat tetapi susunan atau komposisi lagu memang cukup solid dan bagus. Idea yang agak baru dan segar. Mungkin akan ada yang mengatakan mereka membawa aliran Metalcore namun pada gua ia nya bukanlah menyeluruh. Kredit kepada gitarist band ini yang menghasilkan beberapa riffing catchy, solo gitar yang shredder habis benar2 menghidupkan ketiga2 track. Gua juga cukup suka dengan tone drum untuk rakaman ini. Tidak terlalu digital dan gua rasa ia lebih kearah organik sound (gua percaya rakaman masih digital bukan analog). Bass juga bijak menuruti kemana haluan permainan drummer. Keyboardist walaupun sekali sekala mucul namun bijak menghasilkan sesuatu yang boleh menghidupkan mood lagu. Vocalist pada gua memang bagus cara jeritannya, cuma clean vocal kedengaran agak bersahaja dan tak berapa cukup rock! hahaha.
Ok, EP ini boleh didapati dengan harga RM10 by hand dan RM16 melalui pembelian secara pos. Gua sarankan kepada blogger2 lain untuk cuba membuat review untuk EP ini. Kepada pendengar di luar sana gua harap boleh support Ataraxique kerana mereka benar2 membuat kualiti. Ok, kenali Ataraxique melalui beberapa link yang kami sediakan dibawah preview video dibawah ini.
* Kepada Ataraxique, gua tak puas layan 3 lagu sahaja.. full length please…
hi 🙂 Thank you so much for your amazing review!! You made our day seriously!!! Don't worry we are on our way to finish song writing for album 😀 Thank you for supporting us and glad that you like it.
haha by the way, the for drum parts are 100% analog. LOL
Do check out our link for drum recording as well. hehe. m/
http://www.youtube.com/watch?v=88noTPpMFUw
Love,
Sharon (Ataraxique-keyboardist)
Hey man! This is Chris, drummer of Ataraxique. Thank you sooooo f…. much for this review 🙂 Just a precision though, what do you mean about drum sound? Coz I recorded the drum, it's not a machine it's me lol XD. Check this out : Pride – Drum cam: http://youtu.be/Iyx4aN6rQWs
Thx again!
Christian :
Yes, analog sound (played by human) but every recording part will be "EQ" on some part (sound engineer did it during recording and mixing). I also already saw drum cam on youtube before this EP was released. U really rock man! very talented drummer!
Again thank you so much for this review Contramen! We really appreciate it. If it's ok with you we will translate it to English for our Facebook page. m/