As Sahar – D.O.A [Full Length, 2021]

0

Pelopor Eastern Black Metal, As Sahar kini kembali dengan album penuh kesembilan berjudul D.O.A melalui BMSS Productions. Proses rakaman D.O.A mengalami kerumitan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda pada awal 2020, menjadikan keluaran mereka tertangguh sehingga tahun ini. Well, good for them because it’s finally here.

D.O.A seperti dua keluaran terkini As Sahar, menampilkan revolving line up baharu and as such, mempengaruhi sound dan juga stail As Sahar. Kepada peminat As Sahar pre-Bugis, ini adalah band yang sama dengan line-up yang majoritinya berbeza, jadi jangan terkejut dengan pendekatan mereka kini berbeza(that if you missed Oriental Blasphemy and Eastern Black Cult, macam saya). Bagaimanapun, secara amnya D.O.A memacu effort untuk kembali kepada stail asal mereka; Black Metal yang berpaksikan elemen Nusantara dengan menyelitkan bunyian Jawa (saya teka je la) dan juga bunyian atmospheric melalui keyboard. 

Sementara itu D.O.A sound obviously berbeza; less Burzum-ish dan Darkthrone dengan sound gitar yang lebih jelas dan cuba jadi bermelodik namun kurang depth for some reasons. Permainan bass Hanael juga majoritinya kurang distorted berbanding era Tir dan Bugis. Vokal pula mempunyai roar dan snarl standard Black Metal, which is fine. Senang cakap era D.O.A ini adalah As Sahar yang lebih moden. But the same cannot be said for drums lah. Saya fikir permainan dram dalam D.O.A terkejar-kejar dan sloppy, paling jelas sekali dalam trek kedua. Dan sadly, permainan dram dalam D.O.A jugak agak generic dan less inspiring. Dari aspek adunan, sungguhpun semua instruments jelas dan boleh dikatakan bergaul mesra, album ini kurang warm dan lacking depth. Barangkali bunyi terlalu digital? Saya tak tau. Aspek songwriting pula boleh dikatakan bagus dan catchy, serta executed nicely. Cuma, macam saya cakap tadi, adunan perlu lebih kemas dan mantap. But hey, I could be wrong. 

D.O.A kini terdapat dalam format CD.

FFO: Vinterland, Sacramentum, Dissection, Naglfar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *