Arsebreed – Butoh [Full Length, 2020]
Minta maaf. Nama band dan tajuk album mereka ini tak serius langsung. Tapi anda tahu apa yang serius? Musicianship mereka. Arsebreed merupakan gabungan ahli-ahli daripada Disavowed dan Payemia serta menampilkan Romain Goulon, bekas drummer Benighted dan Necrophagist. Dengan line-up impressive sebegini, anda boleh expect ‘Butoh’ (tolong jangan gelak ya) satu terbitan Brutal/Technical Death Metal yang crushing. ‘Butoh’ diterbitkan melalui Brutal Mind.
‘Butoh’ menghidangkan 10 trek yang sekadar berdurasi 29 minit. Memang pendek, ditambah pula dengan tempo muzik yang deras tak ingat, saya terasa macam eh kejap betul, dah habis? Saya menyukai ‘Butoh’ kerana ia bukan berfokus menjadi selaju mungkin semata-mata, kerana jelas sekali setiap trek adalah well crafted dengan riff-riff yang ditulis catchy, terutamanya gitar dan bass yang melantun-lantun disambut drumming yang sikit lagi nak macam jentera berat beroperasi. Yang penting bukan semata nak show off skill. ‘Butoh’ berusaha menyeimbangkan antara menjadi catchy dan sebrutal mungkin, menjadikan album ini terrifying namun addictive untuk didengar. Saya mendapati vokal (ada dua vokalis sebenarnya) Arsebreed banyak gurgling dan deep grunt yang turut menyumbangkan kepada intensity album ini. ‘Butoh’ mengingatkan saya kepada heavyweight Tech/Brutal Death seperti Spawn of Possession, Suffocation, dan Disgorge yang garang tanpa perlu mengorbankan kualiti semata-mata nak laju.
Tambahan pula Arsebreed tak ada masa nak bergimik dengan build-up feel, sebaliknya get down to business merabakkan pendengaran anda dengan trek-trek yang impressive. No gimmick, just relenteless sonic assault. Nasihat saya, dengar atau mati! Ini adalah terbitan Tech/Death yang impressive daripada individu-individu berbakat.
‘Butoh’ kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.
FFO: Disgorge, Suffocation, Spawn of Possession, Deeds of Flesh