Aodon – Portraits [Full Length, 2023]
Trio Atmospheric Black Metal Perancis, Aodon telah pun mengeluarkan album penuh ketiganya yang berjudul Portraits melalui Willowtip Records pada Jun 2023. Disebabkan saya memang pantang dapat dengar terbitan terkini jenis stail muzik begini, mestilah saya peram sehingga hampir tiga bulan mendengar Portraits berulang-ulang, dan ini adalah pendapat saya mengenai Portraits.
Portraits menghidangkan 9 trek yang menelan durasi selama 47 minit. Menariknya semua tajuk lagu dalam Portraits menampilkan nama-nama manusia, contohnya Adam, Andreas, Liza, Inaki, dan Sheelagh (vibe do kau!). Misteri jugak tapi terjawab juga bila saya meneliti press release Portraits. Pertama sekali, ini diterjemahkan dalam album cover Portraits yang menunjukkan wajah manusia yang sempurna, tetapi di dalamnya sedang reput membusuk. Konsepnya dijelaskan lebih lanjut melalui 9 manusia dalam 9 lagu yang menceritakan punca hidup mereka jadi tunggang-terbalik: penderitaan, ego, ketagihan (dadah la kot), kepercayaan (agaknya agama la tu), keganasan, ketaatan membuta-tuli, penderaan, kehancuran dan cinta. Pada saya, Portraits ni agak Abstract la but is done nicely nonetheless (musically speaking) untuk deliver the theme, sebab jujurnya saya sepatah pun tak faham bahasa Perancis.
Menariknya semua tajuk lagu dalam Portraits menampilkan nama-nama manusia, contohnya Adam, Andreas, Liza, Inaki, dan Sheelagh (vibe do kau!).
Let’s talk about the music. Portraits dihiasi dengan guitar riffs berkisar feel melancholic dan dingin yang menarik untuk didengar. Ia menghidangkan permainan Black Metal yang agresif disulam atmosphere yang soaring; membawa pendengar melambung ke awan sebelum menjunam semula ke bumi. Tetapi berbeza dengan perasaan yang victorius dan hopeful (yang selalu associated dengan stail genre ini), ia sebaliknya menyuntik feel yang negatif dan hopeless selain kekecewaan yang tak tergambar. Ini diterjemahkan melalui melodi gitar yang seakan menjerit penyesalan tetapi berselang-seli dengan kemarahan. Ini turut dimantapkan dengan dram yang menggila dengan blastbeat serta laungan penuh kesakitan daripada vokalis. It’s a flux of emotions la senang cakap.
Portraits dihiasi dengan guitar riffs berkisar feel melancholic dan dingin yang menarik untuk didengar.
Tapi saya ada isu dengan durasi trek-trek dalam Portraits. It’s too long. Every song took too long to reach its conclusion. Perhaps it feels a bit repetitive dan menjejaskan minat selepas khatam mendengar buat kali pertama. Like yeah, I finished the album but will I listen again? No, eventhough there are several memorable songs in the album. Takde masalah besar pun dalam album ini, kecuali durasi saja. Tetapi ia cascade kepada other problems, seperti dynamic dan energy menurun halfway of the album disebabkan sukar nak tumpukan sehingga habis. But that’s just me, a person with short attention span. Secara keseluruhannya, it’s an okay album.
Portraits kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.
FFO: Infestus, V:28, Mgla
Ikuti Aodon di: