Antiqva – Funeral Crown [Single, 2020]

0

Antiqva merupakan satu kolektif Melodic Black Metal terdiri daripada keahlian pelbagai negara. Ia diterajui Xenoyr (Ne Obliviscaris) dan Lindsay Schoolcraft (ex-Cradle of Filth) yang menyuntik elemen Chamber music ke dalam stail Black Metal mereka. Amenda pulak Chamber music ni? Ia sejenis bentuk Classical music yang berskala kecil yang selalu dimainkan di majlis-majlis peribadi. Lepas tu bayangkan Antiqva cuba masukkan elemen ni dalam single Funeral Crown, haaa begitulah.

Funeral Crown dibuka dengan lantunan suara baritone lelaki seakan choir di gereja yang disambut dengan gesekan cello dan laungan vokal wanita yang ethereal. Muzik penuh menerpa masuk yang typical kepada stail Black Metal, pekikan parau, bedilan pedal berkembar dan gitar yang bermelodik mengingatkan kita kepada Dimmu Borgir dan seangkatan. Untuk sebuah lagu yang berdurasi 7 minit, Funeral Crown boleh dikira well crafted dengan layers and layers of instrumentation disusun cantik terletak baik. Elemen Chamber music dan Black Metal wuju secara harmoni dan tidak terasa overpower sesama sendiri. Malah saya rasakan Funeral Crown ini cukup epik dengan vibe yang darkly majestic, elegant dan mysterious (terutamanya dengan vokal wanita dan strings yang masyuk). Definitely bukan Melodic/Symphonic Black Metal yang biasa kita dihidangkan. Jika anda mahukan Black Metal yang majestic (tapi bukan poyo over the top) dengan semua elemen muziknya flow dengan baik, dengarkan single sulung Antiqva ini.

Funeral Crown kini terdapat dalam format muat turun digital dan streaming.

FFO: Dimmu Borgir, A Forest of Stars, Abigail Williams (era Becoming)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected