Aktadiri – Imaginasi [EP, 2024]
Saya pernah mengulas single Aktadiri, ‘Cuaca’ lebih kurang 10 bulan lepas yang menjadikan saya excited dengan bawaan Shoegaze/Indie/Alternative yang nostalgik. Kini, Aktadiri menyusulinya dengan EP berjudul ‘Imaginasi’ yang menemui pasaran pada awal 2024.
In fact, Aktadiri meluaskan idea dan mendemonstrasikan feel nostalgia dengan lebih menyeluruh sepanjang 18 minit durasi EP ini.
Imaginasi membawa feel yang serupa dengan Cuaca. In fact, Aktadiri meluaskan idea dan mendemonstrasikan feel nostalgia dengan lebih menyeluruh sepanjang 18 minit durasi EP ini. Cuaca menjadi trek pembuka, dan rasanya saya tak payah kot nak ulas. Trek seterusnya menghanyutkan saya kepada nostalgia that never was (yang saya tak pernah alami pun) melalui bunyian gitar yang buzzing reminiscence kepada Butterfingers era 1.2mg (tetapi lebih terkebelakang dalam mix), diwarnai vokal yang dreamy dan hampir berbisik serta vokal latar yang humming ethereal melodies throughout dan dilengkapi dengan pattern drumming yang berbunyi tipikal di zaman sebelum muzik Indie meletup.
Title track Imaginasi pula lebih sempoi tetapi membawakan feel regret dan harapan dengan lirik yang simple. Permainan trek ini juga lebih simple dengan lead guitar menghidangkan sound yang dreamy melambung ke langit, terutamanya di 30 saat yang terakhir. Pelangi pula membuka lagu dengan clean guitar yang mengingatkan saya kepada generasi band-band Indie di Perak, for some reason. Aktadiri menjerumus saya kepada feel yang lebih khayal dan dreamy melalui vokal yang semakin unintelligible dan efek yang bergaung di belakang mix. Saya berpendapat ini trek yang paling lo-fi dan khayal tetapi paling susah nak tangkap apa dinyanyikan. Agaknya memang deliberate kot. Trek penutup Selamatkan Diri meletakkan gitar yang buzzing dan pecah sebagai pembuka lagu. Again, tone gitar ini mengingatkan saya kepada old Butterfingers had they been a Shoegaze band la. Trek akhir ini menampilkan sample pembacaan berita di samping vokal melontarkan nyanyian yang melankolik dan hopeful, sekaligus melengkapkan kitaran EP Imaginasi ini.
Kualiti EP ini adalah lo-fi, whether it’s deliberately made atau tak, saya fikir ia adds a touch of magic to it.
Pada saya, kekuatan Aktadiri adalah feel melankolik dan nostalgia yang dihidangkan melalui execution yang dreamy. Kualiti EP ini adalah lo-fi, whether it’s deliberately made atau tak, saya fikir ia adds a touch of magic to it. Vokal Ku Azri kedengaran berbalam di beberapa trek, saya kira vokal dalam EP ini bukanlah sebagai vokal tapi maybe just another instrument untuk convey the emotions. Sebagaimana terbitan tempatan yang lain, Imaginasi mempunyai potensi tetapi berdepan dengan cabaran menghasilkan finishing yang baik. Dalam obsesi saya menyoroti feel nostalgia dalam EP ini, for some reason rasa macam tak sampai. Tak klimaks la senang cakap. Tapi takpelah, there will always be another chance for a better release. Saya anggap ini adalah testing ground mereka, jadi harapnya Aktadiri will come up with something better next time. Enjoy!
Imaginasi kini terdapat dalam format CD, kaset dan muat turun digital.
FFO: Lush, Nothing, Slowdive, Title Fight, Butterfingers
Ikuti Aktadiri di: