Torn in Half – Basic Instructions Before Leaving Earth [EP, 2020]

0

Sebu. Berkerak. Jahat. Mendengar EP sulung daripada band OSDM Boston, Torn in Half ini bagaikan satu throwback kepada era ketika pedal HM-2 masih berkuasa namun terasa moden dengan beberapa approach yang membezakan mereka dengan terbitan klasik OSDM seperti elemen Slamming Death Metal.

Diterbitkan oleh Redefining Darkness Records, EP 4 trek ini terasa pendek. Saya kira saya cukup enjoy chainsaw riffs mereka sebab tu terasa kejap (sebenarnnya EP ni memang pendek). Saya tak nafikan asalkan ada HM-2 disebut saya akan terus dengar tanpa banyak soal. Tone gitarnya yang grinding, berat dan terasa primitif membuat saya check semula tarikh terbitan ini dirakam. 

Bukan setakat tone gitarnya yang buat saya khayal, lontaran vokal daripada Nik G pun cukup berkahak pada low register, melengkapi sound OSDM mereka. Senang cakap, dari vokal hinggalah gitar semuanya bernada rendah dan berat, memberi feel yang terrifying.

Torn in Half melalui terbitan ini membuktikan mereka mampu mengeluarkan material yang powerful tanpa perlu bergantung kepada production yang terlalu bersih atau menunjuk teknik yang melampau-lampau (saya tidak menafikan kemampuan mereka bermain Death Metal, unghh). Hanya perlu tone yang jahat, go as low as you could dan bulldoze everything until the record stops.

Basic Instructions Before Leaving Earth kini terdapat dalam format terhad kaset dan muat turun digital.

FFO: Gatecreeper, Grave, Entombed, Suffocation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *