Finntroll – Jaktens Tid: Hummpa Metal!

0
Gua kena buat pengakuan. Dalam banyak-banyak genre Metal, gua paling minat Folk Metal (selain daripada Doom Metal). Asal ada aje band yang masukkan unsur Folk, tak kira la folk Eastern Europe ke, Celtic ke ataupun South East Asia sekali pun, asalkan ada unsur Folk + Metal, peratusan untuk gua jadi peminat tegar band tersebut adalah tinggi! Dan band yang pertama sekali yang perkenalkan perisa Folk Metal kepada gua adalah Finntroll, that was way back masa gua baru tahun pertama di universiti.
Gua dah pernah review EP Trollhammaren sebelum ni, kali ni gua akan review album kedua mereka iaitu Jaktens Tid (atau dalam Inggerisnya Time for A Hunt). Pada gua Finntroll adalah sebuah band yang lucu dan penuh dengan perasaan savage yang melampau. Brutal tapi lucu, get it? Ah fuck, memikirkan Finntroll aje dah buat gua sengih. Seriously, first time gua dengar stuff diorang, instead of ternganga kagum, gua boleh bantai gelak and then baru disusuli dengan rasa ‘fuhh ini rare’.
Anyway, album ini diterbitkan oleh Spikefarm Records pada 18 Spetember 2001 dengan line up yang berikut:
Trollhorn – Keyboard
Somnium – Gitar utama/ Akustik
Katla – Vokal
B. Dominator – Dram/Perkusi/Koir
Skrymer – Gitar kedua
Tundra – Bass/Koir
dan juga dengan pemuzik jemputan:
Jonne Järvelä -nyanyian Joik dan koir
Hanky Bannister – Banjo
Vicar Tapio Wilska – bebelan Latin dalam lagu Kyrkovisan
Album ini adalah yang terakhir yang menampilkan Somnium, yang kemudiannya terkorban akibat terjatuh dari jambatan pada tahun 2003. Tapio Wilska yang membuat penampilan sebagai paderi Kristian yang memberi syarahan dalam lagu Kyrkovisan pada masa akan datang menjadi vokalis utama menggantikan Katla (kini Wilska sudah meninggalkan Finntroll dan digantikan oleh Vreth). Terdapat 13 tracks termasuk intro dan outro dalam album ini yakni:
Krig [War]
Födosagan [Tale of Birth]
Slaget Vid Blodsälv [Battle at the Bloodriver]
Skogens Hämnd [The Forest’s Revenge]
Jaktens Tid [Time for a Hunt]
Bakom Varje Fura [Behind Every Fir-tree]
Kitteldags [Kettle-Time]
Krigsmjöd [War Mead]
VargTimmen (Hedningarna cover) [Wolf Hour]
Kyrkovisan [The Church Song]
Den Hornkrönte Konungen (Rivfaders Tron) [The Horn-Crowned King (Rifvader’s Throne]
Aldhissla
Tomhet Och Tystnad Härska [Reign of Silence and Emptiness]
Bila mendengar album ni, satu je term yang boleh describe: LUCU. Serius wei, Jakten Tid memang penuh komedi, sehingga menjadikan metal macam sebuah genre music kurang serius! Tapi bukanlah lucu sampai unsur metal itu hilang, music wise ia tetap brutal dengan paduan twin pedal dan frantic tempo yang…well, tight! Gua mesti mention kerja-kerja keyboard Trollhorn adalah penyumbang utama kepada sound mereka yang unik. Barangkali dia juga bertanggungjawab kepada bunyi-bunyi lucu dan folk-ish (berinsipirasi daripada muzik Hummpa) Finntroll! Tema Finntroll, seperti album sebelum ni dan seterusnya, tertumpu kepada kebencian mereka terhadap manusia (mereka menganggap diri mereka sebagai troll) terutamanya kepada Christians, berburu di hutan, mitos Rifvader, berparti unggun api, mabuk, bunuh manusia, makan manusia dan segala menda merepek dan barbaric.
Anyway macam biasa gua akan pilih beberapa lagu yang gua rasa outstanding dari album ni. Gua sebenarnya menghadapi dilema bila nak memilih lagu-lagu yang menarik sebab the whole album is interesting.
Krig – Pembukaan kepada album ni. Ada feel bersedia untuk berperang, sebab ada bunyi perkusi seperti war drum. Ada iras-iras soundtrack untuk game perang. Warcraft barangkali?

Slaget Vid Blodsälv – Lagu yang frantic dengan style hummpa yang sangat infectious! Accordion dalam lagu ni adalah elemen terpenting. Macam lagu nak parti mabuk pun ada, tapi pasal perang kot.
Jaktens Tid – Keyboard memainkan feel seperti Krig, tapi kali ini ditemani oleh Joik singing! Wahkahkah tergelak gua dengar! Macam biasa style hummpa bertaburan dalam lagu ni. Gitar biasa saja memainkan riff-riff yang laju yang berpalm muted


Bakom Varje Fura – Sebuah instrumental, tanpa gitar elektrik dan…lucu. Seolah-olah diangkat dari soundtrack untuk sitkom. Maksud gua dia punya feel. Ahhh sengih saja bila dengar.
 
Kyrkovisan – Aduh, kelakar lagi! Lagu makan paderi! Ini interpretasi gua: Seorang paderi tengah menyampaikan sermon di gereja, seekor troll masuk melalui pintu depan, setapak demi setapak menuju ke paderi dan…dibunuh/dimakan oleh si troll. Memang terbaik sebab lepas audio jeritan si troll, lagu terus kick in dengan manner yang paling brutal dalam album ni iaitu dengan blastbeat disamping dengan style hummpa!


Tomhet Och Tystnad Härska – Outro sama sahaja macam intro, dan gua tak hadap sangat pun kecuali toward the end,ada hidden track! Jaktens Tid versi mabuk!Dengan joik singing, macam-macam instruments folk (accordion, trombone pun ada rasanya) dan nyanyian bersahut-sahutan. Betul-betul macam orang mabuk! Memang gua tergelak lepas dengar hidden track ni!
Album Jaktens Tid ni memang penuh bertenaga dan fun untuk didengar. Sorry takde ballad ke apa ke, semuanya serba pantas dan…danceable mungkin. Hey betul apa!Lu tak rasa nak menari ke dengar lagu diorang? 
Pros:
-Semuanya fast paced dan cukup perasa metal dan boleh buat hayun kepala/
-Keyboard memainkan peranan paling besar untuk sound folk Finntroll.
-Topik bawaan Finntroll adalah sedikit berbeza dengan band-band Folk Metal yang ada (kebanyakan folk metal banyak tumpu kepada paganism, heathenism dan sebagainya)
Cons:
-Ada sesetengah lagu macam resemble each other, barangkali sebab karakteristik musik hummpa menyebabkan ia hampir indistinguishable.
-Takde gitar solo? Awwwwwwhh.
Rating:
8/10
Finntroll boleh dicapai di sini dan sini. Selamat berseronok di kem unggun api sambil minum mead!Hehe.
Kredit:
-Metal Archives
-Youtube
-Google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected