Rogga Johansson – Entrance to the Otherwhere (2019)

0

Nama Rogga Johansson sebenarnya bukanlah asing kerana selain sebagai penaung utama band Death Metal Paganizer, beliau merupakan penggiat aktif dalam penghasilan music2 beraliran keras bersama pelbagai band lagi. Bila menyebut Paganizer, band ini pernah melahirkan album pertama berjudul Deadbanger dibawah label tanahair iaitu Psychic Scream (Malaysia) pada 1999. Sebagai intro, Rogga Johansson boleh dikira “hidup mati” bersama Metal. Jika dilihat beliau adalah terlalu aktif dalam scene music berat. Menganggotai sekitar 20 band (projek studio dan live band) dan menghasilkan material dalam kekerapan kapasiti yg tinggi. Terkini dibawah label yang begitu sinonim dengan aktiviti seni beliau, Transcending Obscurity Productions bakal melahirkan album kedua projek solo beliau yang bertajuk Entrance to the Otherwhere (2019) yang bakal berada dipasaran pada 19 July 2019.

Rogga Johansson – Everything
Brynjar Helgetun (The Grotesquery) – Drum Sessionist
Artwork design oleh Mariusz Lewandowski
Layout oleh T.G. Rantanen
Logo oleh Christophe Szpajdel
Tracklist :
1 – The Re-Emergers
2 – Till Bergets Puls
3 – When the Otherwhere Opens
4 – Giants Walking at Night
5 – As Evil Seeps Out
6 – Berget Vaknar
7 – Entrance to the Otherwhere
8 – A Journey into Fear
9 – In the Grip of Garpedans

Apa lagi yang perlu dikatakan apabila keseluruhan (kecuali track drum dimainkan sessionist) lagu dan lirik dihasilkan oleh Rogga Johansson sendiri. Kekal dengan keutuhan perisa Death Metal, Entrance to the Otherwhere (2019) secara discography nya adalah album penuh kedua selepas Garpedans (2017). Namun secara teknikalnya pada January 2019, dibawah nama Rogga Johansson, Subject to Entropy (EP) telah release dalam format digital dengan 4 buah track dan sebulan kemudian pada February 2019, Burn It All Away (EP2019) muncul juga dengan 4 buah track dan juga dipasarkan dalam format digital.

Entrance to the Otherwhere (2019) boleh dikategorikan berada diantara Thrash ke Death Metal namun ia lebih terjerumus kepada Death Metal jika diambil dari peratusannya. Sedikit melodic untuk beberapa part dan kekuatannya adalah riff dan idea yang ditampilkan agak catchy dan mudah melekat di otak apabila dimainkan.

Dari segi sound produksi, album ini sememamngnya punya kualiti bunyi yang bagus dan mencapai piawaian mutu bunyi antarabangsa. Keseimbangan dari setiap instruments yang dimainkan dan kualiti bunyi mastering yang padu. Bersesuaian dengan konsep yang dibawa Rogga Johansson.

Entrance to the Otherwhere (2019) yang punya total durasi sekitar 33 minit ini sudah boleh di order pada tarikh review ini ditulis. Sila berhubung secara terus dengan Transcending Obscurity Records untuk beberapa format fizikal yang disediakan. Juga kepada penggemar versi digital, sila ke laman bandcamp yang disediakan untuk urusan purchasing anda.

WWW
8 Panel Digipak CD with Gold Disc
Gold CD Boxset
Long Sleeve T-Shirt
T-Shirt
Rogga Johansson – Entrance to the Otherwhere

Rogga Johansson
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected