Batushka – Panihida (2019)
Kemelut hak cipta keatas nama Batushka antara pengasas Krzysztof Drabikowski dan Bartlomiej Krysiuk yang merupakan vocalist yang diundang untuk rakaman album pertama Litourgiya (2015) membuatkan Batushka berada dalam dua kem berlainan. Bartlomiej Krysiuk bersama line up terbaru telah mengikat kontrak bersama label gergasi Metal Blade bakal mengeluarkan full length pada 12 July 2019 dimana ianya bertajuk Hospodi. Krzysztof Drabikowski pertama kalinya tampil dengan single pertama bertajuk Песнь 1 pada 13 May 2019 dan selang 2 hari kemudian pada 15 May 2019, single pertama Batushka versi Bartlomiej Krysiuk bertajuk Polunosznica released bersama video music rasmi. Kemudian secara tiba2 Krzysztof Drabikowski tampil dengan sebuah album terbaru berjudul Panihida (2019) yang released dalam format digital dimana ianya mengandungi 8 buah tracks. Persaingan (perbalahan barangkali) antara dua kem ini berterusan dimana Batushka versi Bartlomiej Krysiuk sekali lagi tampil dengan video music rasmi bertajuk Wieczernia. Ketika review ini ditulis, diberitakan Batushka versi Krzysztof Drabikowski sedang dalam rangka mengeluarkan album ini dalam format fizikal.
Panihida (2019) diletakkan dibawah label milik Krzysztof Drabikowski iaitu Sphieratz Records yang pernah menghasilkan beberapa material seperti salah sebuah band beliau terdahulu iaitu Heuresis. Untuk format fizikal setakat entry ini ditulis belum ditentukan label yang bakal mengeluarkannya.
Jika dilihat, Panihida (2019) sememangnya adalah sambungan atau rentetan dari feel2 yang terdapat didalam Litourgiya (Krzysztof Drabikowski adalah pencipta watak, karekter dan penulis utama lagu2 didalam Litourgiya) dan boleh dikatakan ianya melangkah ke satu dimensi kehadapan dalam penulisan music Batushka. Masih dengan konsep Black/Doom Metal yang digarap dengan elemen utama yang membezakan Batushka dalam arus Black Metal modern iaitu penggunaan choir dengan sound gereja Orthodox menyaksikan intipati dan feel asal Batushka dari Litourgiya masih utuh dan kekal terkandung didalam Panihida (2019).
Secara teknikal, musicwise Panihida (2019) kedengaran agak mendap pada keseluruhan tone dan tidak se”bright” seperti yang didengar melalui Litourgiya (2015). Namun riffing gitar masih berada dalam feel dan trademark Batushka. Krzysztof Drabikowski selaku composer utama untuk panihida punya ramuan keatas penciptaan lagu2 yang kekal dalam trademark dan feel Batushka. Walaupun dinyatakan kesemua rakaman adalah hasil kerja Krzysztof Drabikowski, namun ada suara2 terdekat menyatakan Krzysztof Drabikowski menggunakan khidmat vocalist asal Batushka (sebelum Bartlomiej Krysiuk dipelawa untuk tugasan rakaman Litourgiya) iaitu Lech atau Lechucyfer untuk track vocal didalam Panihida. Lech sepatutnya adalah vocalist untuk Litourgiya namun beliau mengundur diri atas masalah teknikal. Beliau juga merupakan rakan kepada Krzysztof Drabikowski ketika mereka bersama didalam band Heuresis dan beliau ketika itu menjawat posisi vocalist. Jika dibandingkan cara pembawaan vocal antara Lech dan Bartlomiej Krysiuk, pasti aka nada kedengaran kelainan walaupun kedua2nya menggunakan teknik scream seperti yang biasa didengar dalam pembawaan vocalist2 band beraliran Black Metal.
Dari segi sound produksi, Panihida (2019) kedengaran sedikit mendap dan tidak seperti apa yang didengar melalui Litourgiya (2015) dahulu. Kemungkinan faktor rakaman atau kemahuan Krzysztof Drabikowski sendiri untuk menghasilkan sound sebegini untuk album kedua Batushka. Jika mahu dibandingkan sound produksi panihida dengan Hospodi, ternyata Hospodi (melalui 2 single yang released) jauh lebih cemerlang sound produksinya. Mungkin ini kemahuan pihak label Metal Blade untuk tujuan komersil. Pun begitu, Panihida jelas punya “soul” dan “feel’ tersendiri seperti apa yang telah pendengar kenali batushka sejak 2015 dahulu lagi.
Ok, untuk setakat entry/review ini ditulis Panihida (2019) hanya boleh diperolehi dalam format digital. Sila layari laman bandcamp Sphieratz Records untuk urusan purchasing dan kepada collector atau penggemar fizikal release, sama2 kita nantikan pasti akan ada label yang bakal merealisasikan album ini keformat fizikal. Akhir kata, secara ikhlasnya Panihida (2019) adalah sambungan dari idea2, trademark, direction dan feel2 asal apa yang anda dengari melalui Litourgiya (2015) dahulu. Ini adalah satu kemestian!
Sphieratz Records
Email
Facebook
Bandcamp (Sphieratz Records)