Atomic Death – Missile Massacre (EP 2009)
Atomic Death merupakan sebuah band yang lahir dari idea menggabungkan elemen Thrash dan Punk. Bermastautin di Shah Alam, Selangor band ini bergerak aktif menghuru hara kan gigs2 yang disertai termasuk juga menjadi opening act untuk Warbringer pada 21 May 2010.
Kerrykaufmann (Guitar), Remydeen (Drum), Pattomizer (Guitar), Faiz (Vocal/Bass)
Atomic Death menjadi opening act untuk Tour Asia band Warbringer.
Dengan membawa genre yang pada gua sesuai di katogerikan sebagai Crusty Thrash, mereka terus bergerak kehadapan menghasilkan sebuah EP bertajuk “Missile Massacre” pada June 2009. EP mengandungi 4 buah lagu ini di rilis oleh Black Konflik Records dalam format kaset sahaja.
Atomic Death – Missile Massacre (EP 2009)
Tracklist :
1 – Bestial Pain
2 – War Ripping Skull
3 – Bringer Of Thousand Fear
4 – Zero Tolerance
Jika diteliti music Atomic Death merupakan campuran dari genre Crusty, Punk dan Thrash Metal. Berbekal 4 buah track didalam EP bertajuk Missile Massacre ini, menyaksikan kemampuan sebenar mereka menghasilkan lagu2 yang punya mood untuk menghuru hara moshpit dan pasti menggegarkan kepala anda yang mendengarnya. Malah riffing2 merbahaya mereka juga ada kedengaran sedikit bau2 Slayer, dentuman drum yang punya elemen D-Beat menambah lengkapkan perisa didalam ramuan music Atomic Death.
Track pertama bertajuk “Bestial Pain” menjadi salam perkenalan didalam EP ini dengan dendangan gitar dalam mood moderate namun serangan attack dari drum dan kemasukkan riffing dari gitar terus membuatkan lagu ini menjadi huru hara. Lontaran vocal Faiz pada lagu ini mencapai tahap memuaskan, begitu juga solo gitar yang menepati mood lagu. Drum yang menggunakan twin pedal juga menjadikan music Atomic Death punya kekuatan tersendiri jika dibandingkan dengan band2 sealiran mereka.
War Ripping Skull merupakan track ke2. Secara ikhlasnya gua memilih track ini sebagai track pilihan gua. Sungguh teruja! Hahah.. War Ripping Skull bermula dgn hentakan padel/cymbal bersama gtar/bass. Susunan permulaan yang menarik dimana riffing yang disertakan dengan solo yang diakhiri dengan attack dari drum dan riffing guitar yang merbahaya. Sekali lagi pada gua, Faiz selaku vocalist berjaya membawa lagu ini dengan kawalan mutu suara baik. Beberapa pekikian beliau juga mencapai tahap maksima. Begitu juga dengan beberapa bahagian yang di sertakan nyanyian bersama line up yang lain. Kedengaran juga sedikit harmoni gitar pada lagu ini. Kawalan instrumen yang terbaek dari setiap line up pada lagu ini. Terbaek!
Bringer Of Thousand Fear juga bermula seakan war Ripping Skull namun ianya tidak meleret kerana serangan twin padel dari Remydeen menambah kucar kacir track ini. Mood lagu ini agak perlahan jika dibandingkan dengan track pertama dan kedua namun riffing2 guitarnya serta penggunaan twin padel banyak menyelamatkan keadaan. Kegilaan pada lagu ini seakan bermula pada durasi 3:16 dimana mood bertukar namun ia kembali ke riffing verse dan berlarutan hingga ke akhir lagu.
Track terakhir bertajuk Zero Tolerance merupakan track paling chaos! Sejak permulaan lagu anda boleh menyaksikan serangan tanpa belas dari keempat2 line up ditambah dengan sahutan dari backing vocal menjadikan lagu ini antara yang paling kecoh dan menggila. Susunan menarik dimana solo guitar diletakkan di penghujung lagu. Bersesuaian dengan mood lagu sebelum verse penghabisan dilaksanakan dengan baek oleh mereka.
Kaset Atomic Death – Missile Massacre (EP 2009) boleh didapati dari Black Konflik Records dengan harga RM8/EURO.
Terkini Atomic Death dalam proses meriliskan split album (format CD) bersama Bloodstone dibawah label Blood Of War Records dan juga sebuah lagi split bersama Katghor (format 7″) dibawah label Basement Records.
Atomic Death – Zero Tolerance
Atomic Death boleh dikenali melalui blog mereka dibawah ini :
Blogspot :Atomic Death Squad
Email : atomicdeathsquad@gmail.com
Blogspot :Atomic Death Squad
Email : atomicdeathsquad@gmail.com
Support Local Scene!