Suffercation – Cryptic Existence (1993)
DtE kembali dengan sebuah review untuk album yang rilis sekitar 1993 iaitu dari band pertama tanahair yang meriliskan album penuh berkonsep Death Metal. Sebuah band yang berasal dari Kelantan. Cryptic Existence merupakan album kedua Suffercation susulan dari kejayaan album pertama bertajuk Days of Darkness (1992).
Didalam album ini juga menyaksikan Jeff Illias hanya memangku posisi vocal sebagai sesionist sebelum beliau diganti oleh Sham (arwah) untuk album In Sufferance yang rilis pada 1995. Terdapat juga perbezaan pembawaan vocal oleh Jeff Illias untuk album kedua ini jika dibandingkan dengan Days of Darkness dimana untuk album kedua ini kedengaran beliau lebih berani melakukan growl yang lebih garang. Namun ianya bersesuaian dengan konsep album kali ini yang lebih laju dan brutal!
Susunan music juga boleh dikatakan sudah sedikit teknikal namun kedengaran juga kawalan gitar yg sedikit kurang rapi namun ianya kedengaran unik bersesuaian dengan konsep sebegini yang tidak perlu permainan yang clean atau bersih. Permainan drum dari Ly Razak juga lebih berbau brutal death metal mengingatkan gua pada album selftitle Deicide pada tahun 1990. Permainan drum death metal tegar!
Keseluruhan album ini mungkin kedengaran setiap track seakan sama sahaja namun jika diamati album ini punya kekuatan di setiap lagu yang dimainkan. Sukar juga untuk membuat review ke atas setiap lagu namun antara track menarik adalah seperti Endless Wrath, Dark Reflection (ini merupakan lagu paling slow jika dibandingkan dengan track2 lain dan track ini juga terlibat dalam kompilasi The Gathering oleh VSP Music pada tahun yg sama), Through The Darkness dan Forgotten Destiny.
Ok, setakat ini dahulu dan jika anda terjumpa kaset ini, gua nasihatkan sila rembat kerana gua pernah menanyakan sendiri pada line up band ini yg mana mereka sendiri sudah tidak punya kaset album ini. Ini merupakan sebuah album death metal tegar dan antara album pilihan gua walaupun kebanyakan mengatakan Days of Darkness merupakan album terbaek Suffercation. dan Cryptic Existence merupakan satu khazanah Death Metal tegar tanahair!
Suffercation boleh di hubungi menerusi link di bawah video di bawah ini…
* kredit video kepada dyasco (youtube)
* kredit imej kepada Suffercation Page (Facebook)
mix album ni macam mendap sikit kan?
yup!!! sekali dengar mcm main taram jek.. tp klu sound production album ni dibuat btol2, gua konfiden album ni bleh jual oversea..