Banyak Bunyik (2011)

0

Sebuah kompilasi terbaru yang menampilkan beberapa band lama dan baru yang menampilkan music indiependent serta punk rock punk. Diterbitkan oleh Rockamato Music pada awal 2011. Antara band2 lama yang terlibat adalah Subculture, Bad Tomato dan Saturnine. Turut terlibat adalah muka baru yang punya potensi dengan lagu2 yang punya melodi catchy iaitu The Rhaman dan Donatello. Untuk kompilasi ini setiap band membawakan 2 buah lagu.

 Tracklist  :

1 – Janji Gengsi – Bad Tomato
2 – Center of My World – Saturnine
3 – Dilemma – Subculture
4 – En. Obsess – The Rhaman
5 – Sakura – Donatello
6 – Ticket To The Moon – Subculture
7 – King of Catur – Bad Tomato
8 – Macam Bagus – The Rhaman
9 – Hey! – Donatello
10 – Dark Days – Saturnine

Kompilasi ini diterbitkan oleh kesemua band terlibat manakala Affi Ibrahim bertindak sebagai Executive Producer. Tidak dinyatakan rakaman dijalankan dimana namun dinyatakan proses mastering dilakukan oleh Toh di Mastering One.

Bad Tomato

Janji Gengsi merupakan track pembukaan yang dibawakan oleh Bad Tomato. Sebuah band lama yang diterajui oleh Lan Pret. Pernah terlibat didalam kompilasi Breaking The Wall pada 1994 bersama band2 seperti Such As, Two Ice dan Contaminated Thieves. Track bertajuk Janji Gengsi ini berbunyi agak punk rock namun tidak terlalu rebel malah masih punya bunyian mainstream untuk keudara di corong2 radio tempatan. Bawaan vocal peneraju utama Bad Tomato iaitu Lan Pret masih seperti apa yang dilakukannya ketika kompilasi Breaking The Wall dahulu. Sebuah track yang masih punya melodi yang menarik.

 Saturnine

Saturnine yang muncul semula selepas menghilang walaupun telah punya 2 album awal muncul dengan sebuah track bertajuk Center of My World yang kedengaran sedikit advance dari lagu2 mereka terdahulu. Penggunaan efek yang menyelinap disetiap riffing jugak membuat track ini kedengaran sedikit mendatar. Namun pada pertengahan lagu Saturnine kembali dengan riffing agresif serta solo dari Nan yang ternyata menghidupkan lagi mood lagu ini.

Subculture

Dilemma merupakan track berbahasa Melayu yang dimainkan oleh otai punk rock tanahair iaitu Subculture. Mungkin juga ini merupakan sebuah track berbahasa Melayu pertama dari Subculture namun pada gua track ini sememangnya merupakan hasil terbaek dari Subculture. Tidak punya diction sumbang dari vocalist malah struktur penghasilan lagu juga matching dengan mood serta melodi dari bawaan vocal Subculture. Sebuah lagu yang patut kerap dimainkan di stesyen2 radio tempatan kerana Dilemma adalah sebuah track yang catchy dan membuktikan kemampuan sebenar Subculture dalam penciptaan lagu2 berbentuk Punk Rock dan pada pandangan gua ini merupakan sebuah track yang punya potensi untuk dikomersilkan dalam memperkenalkan music Punk Rock kepada pendengar tanahair umumnya.

The Rhaman

The Rhaman yang menampilkan vocalist wanita muncul untuk track ke4 berjudul En. Obsess. Sebuah track berdurasi 4 minit 7 saat yang ternyata santai. Mungkin tarikan utama track ini terletak pada lenggok nyanyian vocalist band ini namun tidak boleh diketepikan juga susunan music The Rhaman yang agak rilek dan tidak terburu-buru dalam mencipta melodi2 indah.

Donatello

Donatello muncul sebagai track ke5 dengan Sakura. Sebuah band yang pada gua perlu diberi perhatian kerana kemampuan penghasilan melodi2 catchy dari susunan music, penggunaan instrument serta bawaan vocal yang baik. Mungkin sedikit kedengaran seaakan sebuah band skate punk dari Johor iaitu Plague of Hapiness namun Donatello punya pengaruh music Alternative/Punk Rock yang lebih sesuai dan mungkin juga mereka sudah sedia untuk ke persada music mainstream tempatan.

Ticket To The Moon bawaan Subculture mengingatkan gua pada album pertama mereka Love and Hate. Susunan music punk rock yang benar2 membuktikan Subculture merupakan sebuah band Punk Rock yang mampu menghasilkan lagu2 yang catchy. Jika dibandingkan track ini dengan Dilemma, mungkin boleh dikatakan track ini lebih rebel dan sedikit agresif.

Track ke7 dari Bad Tomato bertajuk King of Catur merupakan sebuah lagu yang menyaksikan penggunaan lirik berbahasa melayu. Lirik yang agak rebel sesuai dengan suara serak2 dari Lan Pret. Sebuah lagu yang punya mood mendatar dan mood lagu (music) yang lebih kepada happy Punk.

The Rhaman kembali dengan track berjudul Macam Bagus. Track yang mungkin punya flow yang sama dari track pertama mereka bertajuk En Obsess tadi. Permulaan lagu agak menarik dan kali ini menyaksikan bawaan vocal yang lebih kepada mendayu. Kekuatan yanghampir sama dengan track pertama mereka tadi.

Hey! Dari Donatello sekali lagi menampilkan melodi2 catchy dari penggunaan horn section. Sebuah lagu yang pantas dan berbau punk rock namun unsure catchy tetap boleh diingati oleh minda anda jika mendengarnya. Boleh dikatakan juga music Donatello sesuai untuk golongan remaja dengan lagu2 yang bersemangat dan kuat.

Dark Days merupakan track terakhir dan dibawakan oleh Saturnine. Sebuah track yang heavy dan seakan lagu2 lama mereka dahulu. Namun track ini sama seperti track pertama mereka Center Of My World agak berbunyi modern tetapi masih didalam lingkungan garapan music Saturnine itu sendiri. Solo menggulung dari nan juga semakin liar serta bawaan vocal dari Reza juga harus diberi perhatian. Mendengar track ini mengingatkan kepada lagu hebat mereka Half dari album pertama mereka dahulu.

Keseluruhan kompilasi ini boleh dikatakan berjaya pertama kerana keberanian band2 menghasilkan lagu2 yang berlirikkan bahasa Melayu seperti The Rhaman dan Bad Tomato serta sebuah lagu dari Subculture. Kedua penampilan bakat2 baru iatu The Rhaman serta Donatello yang sangat memerlukan sokongan anda pendengar diluar sana. Penghasilan music yang baek dari kedua band ini perlu diberi perhatian.

Sound production juga mencapai tahap terbaek mungkin kerana campur tangan dari jutera2 rakaman seperti Saturnine (Reza dan Zairi). Tidak ada yang mengecewakan untuk kualiti bunyi yang dihasilkan kerana kesemua instrument dimix dengan baik untuk menghasilkan mutu rakaman yang berkualiti.

Kompilasi ini boleh didapati dengan harga RM29.90 dan disertakan dalam format CD dimana packagingnya adalah menggunakan artcard fold serta info dan lirik disertakan didalam sehelai kertas yang disertakan didalamnya. Supprt produk tempatan dan pastikan bakat2 ini tidak berkubur begitu sahaja.
Hubungi band2 terlibat melalui link2 dibawah :

Saturnine
Subculture
Bad Tomato
The Rhaman
Donatello

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected