“BRO, LINK DOWNLOADNYA MANA?”
Hai.. tetiba teringin nak menulis secara spontan dan terus publish tanpa edit.. haha
Nampak tajuk entry ni? Sempoi kan? Sebenarnya gua terpanggil untuk menulis perihal tabiat ini kerana sejak akhir2 ini tabiat atau gejala sebegini seakan tidak disedari oleh pendengar2 music yang pada amnya akan berkata “fulamak lagu ni feel siyallll” atau “perghhhh music sebegini lah yang gua cari selama ni” atau juga “gua harap band ni akan terus kekal (dalam hati berbunyi begini -> bagus kalau sampai aku tua pun still bleh dgr music sebegini..) lama dan xkan luput”. Apa??? korang x ngaku..Tipu lahhh..
Tabiat ini sebenarnya satu perlakuan tidak sihat dan acapkali gua terlihat ada juga beberapa pendengar yg kononnya support gile dan puja band tu mcm dewa tapi selambek minta link donlod dari line up band tu atau dr webpage band itu sendiri. Wahhh .. dah ada yang kata kurang ajar tapi ada jugak yang kata “lantak lah…” ok sila tengok gambar dibawah sebelum baca apa gua nk bebel pasni..
Ok DtE bukan nak burukkan sesiapa, tapi dari ayat2 yang gua gariskan diatas menyatakan anda support band atau artis itu. dan berharap rilisan2 atau lagu2 akan datang akan still bikin anda happy apabila mendengarnya kelak. Tapi tahukah anda bagaimana sesuatu seni music itu dihasilkan. Ok malas cakap bab RM lagi, satgi gua cakap bab RM plak.. bagi individu yang bergerak solo dan merakamkan album, mereka memerlukan khidmat komposer dan ada juga lagu yang mereka hasilkan sendiri selain dari lagu2 yang disedekah oleh rakan2. Ok itu bab lagu, rasanya bagi artis solo yang hanya punya bakat suara yang lunak, khidmat komposer diperlukan dan mereka, jika secara indiependentnya akan mengeluarkan sen sendiri untuk membayar komposer tersebut untuk setiap lagu. Ok, jika satu lagu contohnya bernilai rm300 (ni kalau lu orang mintak M.Nasir atau nama2 besar lagi besar la lu nk kena sediakan sen), sila darabkan dengan bilangan lagu dalam album anda itu. Jika ada 10 lagu bermakna RM3000 di perlukan (ini angka paling cikai untuk komposer x ternama) dan… weiiiii dah RM3000 tu.. belum rakaman nak bayar studio + sessionist nak main music lagu tu lagi + sound engineer dan lain2 lagi…
Ok yang ni sebab tadi wa kata xmau cakap lagi bab RM tapi dah termasuk gak pasal hal2 studio so sini wa nak bebel pasal kos2 rakaman pulak. pada kakak2 yang x pernah jejak ke studio jamming adalah di beritahu secikai2 studio jamming mungkin ada RM15/jam tu pun equipment sekadar bleh sekali main jek pastu terus kelam kabut jadinya. Rate studio jamming yg ok mungkin serendah RM25 untuk masa terkini. Ok itu studio jamming, bukan studio rakaman yang macam Anuar Zain atau Hazami dok rakam album tu. Setakat gua kenal music lebih kurang 15 tahun ni paling rendah studio rakaman yg kasi baget rekoding ialah RM40/jam. Ini untuk track by track. dan untuk live rekoding macam Def Gab C dan Wings pernah buat tu kos gua sendiri xtau sebab sound engineer memang tahap dewa boleh miking, mixing sume kasi level cun dan tip top. Ok cukup kalau wa kata band main thrash metal mcm FTG pun rekod ponycanyon (tukar jd interglobal pastu bungkus gak kalau x silap) labur RM30K untuk sesi rekoding iaitu bayar sewa studio, upah sound engineer untuk kerja2 dalaman studio seperti mixing, mastering dan lain2. Itu FTG, camana plak dengan artis pujaan anda dari AF, OIAM, atau kumpulan2 besar seperti Search mahupun Scorpions????? anda tahu jawapannya kot?
Ok, dah nak jual mesti ada CD nya atau kasetnya atau yg lagi kita semua jarang mainkan iaitu piring hitam. CD misalnya perlu di lakukan pressing. takkan artis besar macam Elton John nak jual cd dia harga RM47.90 hanya dengan guna CDR yang ada dijual kat kedai stationery sebelah umah gua kan? Di Malaysia ni, wa kasi kasitau kalau nk print 1000 copies CD tolong sediakan paling lekeh RM1000. lagi sikit harga seunit lagi mahal. Dah ada CD, cover sleeve (kertas yang lu belek2 baca lirik apa semua tu) pun mau cetak. takkan nk bungkus dengan daun pisang kot CD tu kan? Ok untuk 1000 unit coversleeve (paling lekeh lipat dua atau double fold lu kena sediakan dalam RM600-800. tu paling lekeh punya cover sleeve. kalau digipack??? sila sediakan 4 angka ya tuan2.. haha tu artwork kat cover sleeve tu grafik designer buat kerja jugak. takkan buat amal jek??? ehh cun ke buat design album guna Paint? Grafik designer guna adobe lah.. nak perah idea buat artwork kena bayar. Itu kerja dia. grafik designer..hehe..
“Bro, link donlodnya mana?” Wahhhh indah sungguh ayat tersebut.. Beginikah cara anda untuk melihat artis tersebut terus berkarya dimasa hadapan? Dari manakah sumber kewangan yang akan dikorek oleh artis2 atau band tersebut untuk terus merakam lagu2 yang akan keluar masuk di telinga anda? lagu2 yang akan membuatkan lu orang rasa happy sejenak apabila dirundung kerunsingan, kebiyolan atau dalam emosi x keruan? Jika anda terus mendonlod karya2 artis pujaan anda, bermakna anda menutup peluang mereka untuk terus berkarya dan kelak pasti anda juga akan berkata “industri music Malaysia memang x bleh nak maju”… amboii sila amik cermin dan belek muka anda sambil menyebut “industri music kita xkan maju kalau ada orang macam aku”…
Ok, kalau di luar negara, aktiviti mendonlod adalah sekadar preview. preview disini bermaksud cubaan mendengar dan jika best dapatkan CD. Ini adalah mentaliti orang diluar sana. Kerana diluar sana mereka menghargai seni dan music merupakan satu pendidikan yang tidak putus sehingga ke sekolah menengah. Cuba bagitau gua kita di sini last main rekorder masa darjah berapa? ini bezanya tahap penghargaan terhadap music antara kita dan luar. Belum faham? Cuba cari kawan2 yang amik jurusan music di universiti2 atau kolej2 music tempatan. Mereka ada jawapan tepat!
Ermmm mungkin akan masuk dua page kalau nak cakap bab ni.. Harap mungkin penulisan kali ini boleh buka minda kita untuk berfikir sejenak. Tipu lah jika pc anda tempat anda mengadap bebelan gua ni takde seketol mp3 pun.. kan? Ok, download is download, tapi pastikan anda, gua dan semua punya inisiatif untuk tidak memusnahkan industri music terutamanya industri music tempatan.
Tanpa cover sleeve, mungkin anda tidak tahu yg mungkin lagu yang anda dengar nyanyian artis tempatan itu dirakam oleh Peter Tagtgren. Mungkin suara perempuan dalam lagu Jamal Abdilah kepunyaan Madonna. lagu terkejut kalau kata Blues Gang punya album pertama rekoding kat oversea. kan? Anda tak tahu… mp3 takde tulis..
Ok, ini saja bebelan gua untuk kali ini… Dan gua sertakan sekali cover artwork album pertama band hardcore tempatan iaitu Cassandra untuk tatapan anda..
bernas hujah ini. tetapi mengunakan blog utk mengubah mentaliti masyarakat sini susah la. Kalau artikel ini boleh disiarkan dlm berita harian mungkin boleh beri impak skit…
sabor je le heheh
Asyik Donload saja keja depa nie.. ishhh..
bro, macam mana nak download artikel ni?
benign aku bleh bagi soft copy kalau ko nak..