Angkara – An Anger Of Wars Distortion (2011)
Oleh kerana dua tiga menjak ni gua macam kembali ke zaman awal 90an mengumpul semula kaset, so gua nak review pasal sebuah album dari sebuah band dari Kedah Darul Aman yang menamakan band mereka sebagai Angkara. Berbekalkan irama crusty punk, Angkara boleh dikatakan agak baru menghasilkan sebuah EP bertajuk An Anger Of Wars Distortion. Line up yang terlibat didalam An Anger Of Wars Distortion ini ialah Rizal selaku pemain gitar utama merangkap vocalist, Idan diposisi gitar kedua dan juga vocalist, Firdaus di posisi bass manakala Man sebagai pemain drum. Untuk 3 buah track demo version pula Boy memangku posisi pemain drum manakala Mizan diposisi gitar kedua.
5 track terbaru dari An Anger Of Wars Distortion melalui proses rakaman di Hits Studio Penang. Proses adunan di lakukan oleh Chong dan Angkara di Soundmaker manakala 3 demo track selebihnya pula dirakam dan di adun di JL Studio oleh Pian dan Angkara.
Track bertajuk Bomb menjadi pembukaan dimana track berbunyi letupan menjadi intro sebelum music yang straight forward menghentak gegendang telinga. Sebuah track yang agak kental penangannya. Punya elemen hardcore, punk dan crusty yang kuat. Juga terdapat solo yang bersesuaian dengan mood lagu.
Back In Anger merupakan track kedua yang masih seperti track pertama. Music yang sungguh straight forward. Terasa seakan mendengar Exploited album Beat The Bastard. haha. lirik juga menunjukkan sifat rebel yang sungguh kuat.
Propadrama juga menarik. Sebuah fast track yang tidak memberi sebarang rasa belas kasihan. Drum stroke yang tak henti2 membedal snare dan pedal! Ini sebuah track yang punya susunan yang paling layan!
Aimless merupakan sebuah track yang telah di upload di Youtube. Track ini agak mendatar dan tidak seperti 3 track terawal namun pembawaan melodi dan gaya nyanyian dari vocalist band ini sungguh berjiwa dan penuh semangat memberontak.
Destroy Capitalist Bastard bermula agak perlahan mood nya sehingga verse sebenar menyusul pada durasi 1:25. Riffing2 yang punya persamaan mood dengan track2 lain. Kental, straight forward dan tiada belas malah riffing2 juga kedengaran serius tanpa kedengaran mood2 gembira dan lawak (mungkin pendengar music yang punya pendidikan formal faham akan penggunaan major dan minor chord dalam menghasilkan mood lagu).
Track ke 6 bertajuk Darah Merah pada gua merupakan rakaman secara live kerana certain part kedengaran timbul tenggelam. Bersesuaian juga dengan terma Demo yang digunakan. Track yang 100% menggunakan Bahasa Melayu. Pujian harus diberikan kerana penghasilan lirik sebegini dan Angkara berjaya menggunakan perkataan2 yang tidak lari dari tema lagu tersebut. Slanderous Bullet juga merupakan fast track dan elemen D-beat yang kuat dapat didengar pada lagu ini. Manakala Serangan Suara juga merupakan sebuah track yang sangat2 rebel. Susunan straight forward yang menarik walaupun ada kedengaran sedikit terkucil permainan riffingnya namun untuk music sebegini, ianya kadangkala seakan perlu dalam mengahsilkan sound raw tanpa mementingkan bunyi solid dan bright pada track2 yang dihasilkan.
Keseluruhan berkenaan An Anger Of Wars Distortion boleh gua simpulkan bahawa Angkara mungkin antara band2 baru yang perlu diberi perhatian. Gua belum berpeluang menyaksikan persembahan live mereka, namun gua dapat jangkakan jika permainan yang tight seperti rakaman ini dapat direalisasikan untuk persembahan pentas, maka akan huru hara lah moshpit. Sound produksi untuk 5 track rakaman di Hits Studio juga menampakkan sedikit profesionalisme dikalangan ahli dan hasil yang dikeluarkan juga memuaskan hati. Tidak berapa kemas sound yang dihasilkan namun inilah sound yang diperlukan untuk music jenisan seperti ini.
Setakat ini An Anger Of Wars Distortion hanya dirilis dalam format kaset. Juga disertakan lirik kesemua track pada inlay layout. Untuk mendapatkan kaset ini, terdapat beberapa label yang menjual kaset ini atau anda boleh juga menghubungi sendiri angkara untuk mendapatkan copy untuk anda. Sebuah produk yang boleh gegar gegendang telinga!Serius! Angkara memang pecah kepala!
Hubungi dan kenali Angkara melalui link yang disediakan dibawah video di bawah ini.