Hereafter – Endcient (2012)

3

Mereka pernah melahirkan beberapa demo/EP sekitar pertengahan hingga penghujung dekad pertama 2000. Kemudian melahirkan album pertama berjudul Government Conspiracy pada 2010. Dan terkini dibawah tiga buah label yang menyalurkan dana untuk memasarkan album ini, Hereafter kembali bersama album terbaru yang pada gua perlu diberi perhatian. Pertama kerana setelah meneliti hasil2 keluaran mereka terdahulu, Endcient merupakan sebuah album yang punya peningkatan mendadak dari segi penciptaan lagu dan paling menonjol peningkatan dari segi mutu sound produksi album.

Hereafter – Line up untuk album Endcient
Redza Hellbullets – Lead / Rhythm Guitars and Vocals
Haidir Lifeform – Lead Bass / Backing Vocals
Panjang Nuclearblaster – Lead Drums /Backing Vocals
Cover artwork oleh Tibor Bedats Slovak
Inner cover artwork under permission by Long Weta Workshop

Tracklist
1 Entrance To The Void (Intro)
2 Evil Machines
3 Celestial Disk
4 The Final World War
5 Hereafter
6 Tiga Celaka
7 End Of Transmission (Outro)
8 Welcome Home (King Diamond Cover)

Endcient melalui proses rakaman di I.S.S dan proses mix dan mastering dilakukan oleh Vader dan Hereafter sendiri. Proses mengambil masa dari November 2011 sehingga February 2012. Tiga buah label terlibat dalam penghasilan album ini iaitu Nuclear Gaichal Recording (France), Witchhunter Productions (Thailand) dan Metal Porn Production serta Magenta Screen (Malaysia).

Album yang mengandungi 8 track ini terdiri dari 6 track bervocal dan salah sebuah lagu yang dimuatkan ialah lagu saduran dari King Diamond yang diambil dari album Them iaitu Welcome Home.


Entrance To The Void (Intro) menjadi pembuka kata dimana track ini ialah sebuah instrumental yang memuatkan solo2 gitar dan juga solo bass.

Evil Machines bermula tanpa sebarang petanda dimana vocal terus menyanyi sesaat pertama music dimainkan. Ada pengaruh Municipal Waste dan sedikit crossover. Verse kedua pula kedengaran pengaruh kuat Sodom. Track turut diselit solo seketika sebelum chorus menamatkan track.

Celestial Disk bermula dengan plucking guitar dan membawa mood ambient sebelum riffing berdistortion menyerang. Riffing yang menarik dari verse pertama dan chorusnya.

The Final World War sebuah track yang cukup thrashy! Mampu membuatkan crowd tak senang duduk jika dibawa secara live. Pertengahan lagu mood agak mendatar namun masih boleh bikin goyang kepala. Merupakan track terpanjang untuk album ini.

Hereafter bermula dengan riffing yang mood nya mengingatkan kepada lagu Augustbomb dari Sodom. Namun apabila vocal melantunkan nyanyian, trademark Hereafter terserlah. Sebuah track yang juga merupakan nama band ini sendiri. Kelebihan track ini? Solo dan part shout beramai2. Boleh gegar show jika ramai2 singalong. Haha.

Tiga Celaka sebuah lagu yang nakal dibahagian liriknya. Saduran dari lagu 3 Sekawan yang didendangkan masa kecik2 dulu. Haha 1 Malaysia ya????

End Of Transmission merupakan outro untuk album ini yang juga merupakan hasil ciptaan Hereafter sendiri. Berbunyi ambient.

Ok, track terakhir yang lebih kepada bonus track ini merupakan lagu saduran dari King Diamond yang bertajuk Welcome Home. Dipetik dari album Them. Vocalist band ini berjaya melakukan high pitch terutama pada awalan track. Solo2 yang baik berjaya dimainkan oleh gitarist Hereafter. Satu percubaan yang baik.

Ok, apa yang perlu dikatakan berkenaan album Endcient ini ialah ini merupakan rakaman terbaik Hereafter sepanjang mereka mengeluarkan demo/EP serta album pertama dahulu. Album yang mampu memberi kepuasan kepada awang2 Thrash untuk headbang ataupun pada yang dengar kat hifi, computer dan mp3 player pasti tanpa disedari kaki anda akan sama menghentak mengikut alunan tempo lagu2 Hereafter.

Endcient juga seakan satu pengubat rindu kepada penggemar irama Thrash Metal yang sememangnya merupakan genre rebel yang mula bertapak di Malaysia. Walaupun ada beberapa riffing dan melodi kedengaran sedikit crossover namun bagi gua Endcient masih dalam pengaruh kuat Old Skool Thrash Metal. Tidak rugi memilikinya.

Dapatkan Hereafter – Endcient dengan harga RM20 melalui khidmat pos. Official tee juga boleh di grab bersama dengan harga RM40 termasuk pos. Untuk package TS + CD pula berharga RM50 termasuk pos. Kami sertakan sekali laman sesawang label tanahair yang menjadi pengeluar utama di Malaysia iaitu Metal Porn Production di bawah video dibawah.

Kenali Hereafter melalui lawan sesawang mereka dibawah video ini :

Hereafter – Live in KL Thrashed 2011

3 thoughts on “Hereafter – Endcient (2012)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected