Mortuary Ancestor – Doctrine Of Hatred (EP 2012)

0

Mortuary Ancestor merupakan sebuah band yang berpengkalan di Sandakan Sabah, telah menghasilkan beberapa rilisan terdahulu sejak tertubuhnya band ini sekitar 1994. Mereka boleh dikatakan antara veteren underground bagi scene Sabah kerana sejak 1997 band ini masih aktif mengeluarkan material2 dalam berbagai format. Terkini dibawah label Earblast Records, sekali lagi Mortuary Ancestor telah menghasilkan sebuah EP bertajuk Doctrine Of Hatred. Masih kekal dengan genre Death Metal, pada gua rilisan kali ini tampah lebih kental permainan instrument dan juga punya kekuatan tersendiri dalam setiap lagu yang dihasilkan.

 Romi – Guitar, Ryl – Drums, Riff – Bass dan Magoth – Vocals.

Artwork dan layout oleh Magoth
Tracklist :
1 – Doctrine Of Hatred
2 – Mist Of Darkness
3 – Spawn Creation
4 – Neverending Wish
5 – Super Unknown

Doctrine Of Hatred menjalani proses rakaman di Chromatic Studio Sandakan Sabah kecuali track bertajuk Super Unknown yang dirakam di Noose Studio, Kediri Indonesia. Suistro dan Cah merupakan sound engineer yang terlibat dalam proses rakaman dan sekali lagi Suistro terlibat dalam proses adunan EP ini.

Doctrine Of Hatred merupakan track pertama yang menjadi pengenalan bagaimana music terkini Mortuary Ancestor. Ok, sebuah track yang agak kental penangan Death Metal nya dari segenap sudut. Mengutamakan kelajuan dalam tempo permainan serta bawaan vocal yang memang kena dengan konsep music band ini.

Mist Of Darkness yang merupakan track kedua masih jelas kekentalan penangan Death Metal nya. Riffing yang kejam, paluan drum yang padu dan growl yang power menyerlahkan lagi track ini. Ok, untuk 2 track pertama ini gua boleh katakan Mortuary Ancestor sudah berada dalam kedudukannya tersendiri dalam persada music Death Metal tempatan.

Spawn Creation mungkin menjadi antara track paling brutal dari segi song arrangement. Permainan gitar dan drum yang kreatif menampakkan track ini kedengaran agak jahat. Solo gitar juga sesuai dan kena dengan mood track ini. Ermmm riffing dan progresion chord gitar untuk track ini memang agak mencabar. Kedengaran seakan ada penggunaan broken chord di hujung riffing yang dimainkan. Padat jugak track ini sebenarnya. Haha..

Neverending Wish merupakan sebuah track instrumental yang agak mendayu dengan solo gitar dan sedikit sample suara berbentuk orchestra (sedikit sahaja). Sebuah track instrumental berdurasi 1 minit lebih.

Super Unknown merupakan satu2 nya track yang dirakam di Indonesia (boleh jadi dirakam ketika mereka mengadakan persembahan di sana). Masih mengekalkan mood dan kekentalan secara maksima dalam penghasilan riffing dan arrangement untuk track ini. Cukup kental untuk bahagian riffing dan drum stroke nya.

Sepanjang pengamatan gua untuk EP ini boleh gua simpulkan bahawa Mortuary Ancestor banyak terpengaruh dengan band2 yang memainkan Death Metal yang laju seperti Morbid Angel. Music bawaan Mortuary Ancestor juga pada gua sudah jauh matang sepadan dengan pengalaman mereka dalam kancah gig dan scene bawah tanah tempatan. Corak permainan gitar dan drum untuk EP ini memang cukup bersemangat dan kental. Mungkin kredit harus diberikan kepada kedua line up diposisi ini namun tidak dilupakan juga bassist yang menjadi tunjang setiap lagu serta growl dan scream dari vocalist.

Sound produksi untuk Doctrine Of Hatred sudah berada pada landasan yang baek kerana tahap keseimbangan bunyian setiap instrument jelas dapat didengar. Mungkin jika anda seorang yang punya telinga yang cerewet dapat menghidu sedikit perbezaan sound pada track terakhir kerana ianya dirakam di Indonesia. Mungkin kedengaran sedikit berbeza. Pada gua untuk keluaran akan datang mungkin Mortuary Ancestor akan menghasilkan track2 yang lebih brutal dan kental dan harapnya sound produksi akan datang akan lebih bagus dari apa yang dihasilkan untuk EP ini. Ok, sebenarnya gua tak puas dengan 5 lagu (4 bervocal sebenarnya plus sebuah instrumental) sahaja kerana Death Metal sebegini kalau layan 9-10 lagu baru boleh biol sikit kepala otak terutama untuk gua sendiri. Haha.. Gua harap Mortuary Ancestor bakal menghasilkan album penuh terbaru dalam masa terdekat atau mungkin tahun depan kerana pada gua Mortuary Ancestor sudah berada di landasan tersendiri untuk music kental dan tepu seperti ini.

Dapatkan Doctrine Of Hatred dengan harga RM15 postpaid dari Earblast Records dan kenali Mortuary Ancestor melalui beberapa link yang kami sediakan dibawah sample lagu mereka ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *