Recidivist – Prefabricated Machine (2013)
Recidivist merupakan antara band tempatan yang masih percaya bahawa Old School Death Metal masih punya pengikutnya tersendiri. Bermula sekitar 2000, Recidivist telah menghasilkan beberapa rilisan sepanjang penglibatan mereka dalam persada music berat tanahair. Terkini bersama sebuah label berpengkalan di Sabah iaitu Angka Kematian Production, sebuah mini album bertajuk Prefabricated Machine telah dikeluarkan yang mengandungi 8 buah track termasuk beberapa track yang diambil dari persembahan pentas mereka.
Jika dilihat pada cover sleeve CD ini, tidak dinyatakan dimana Prefabricated Machine melalui proses rakaman namun gua difahamkan ianya telah dirakam di Iseekmusic Studio milik Mokhtar di Subang Jaya. Untuk rakaman live beberapa lokasi gig telah dinyatakan seperti track Aciddive di Alunan Symphony, Kuala Lumpur, From The Altar Ruin di Taman Medan, Petaling Jaya dan Wave Of Doom di Soundmaker Penang.
Wave Of Doom pada gua mengingatkan pada material2 Recidivist dari EP 2002 bertajuk Persistent Offender. Masih mengekalkan arrangement Death Metal yang tidak ghairah kearah kelajuan namun masih dilandasan mid tempo.
Killing Field menjadi track kedua dimana ianya masih mengekalkan komposisi seperti track pertama. Kedengaran berat namun jika diteliti riffing2 yang digunakan adalah mudah dan punya susunan sepertimana anda mendengar lagu2 Death Metal 90an.
Suckka sebenarnya merupakan sebuah lagu berlirik Bahasa Melayu. Mungkin sengaja menggunakan “Suckka” kerana ianya sebenarnya mengisahkan mengenai Saka. Mungkin ini merupakan antara track pilihan gua dari CD ini. Kedengaran sedikit berperisa Doom/Death.
From The Altar Ruin juga menarik diperkatakan. Sedikit agresif dari segi susunan riffing namun tidak mengejar kelajuan. Masih mengekalkan trademark Recidivist seperti track2 terdahulu.
Secara keseluruhan Prefabricated Machine boleh dikatakan sebagai sebuah mini album kerana ianya hanya memuatkan 4 buah lagu baru beserta sebuah versi demo dan lagu2 yang dirakam sepanjang penglibatan mereka didalam siri2 gig tanahair. 4 track awal punya mutu rakaman yang baek sekali namun track2 live merupakan rakaman one take off yang mutu rakaman nya kurang memuaskan. Sesungguhnya sudah jarang band menghasilkan rakaman ketika persembahan pentas, dan jika tidak salah gua, rakaman album live tanahair terakhir adalah Kompilasi Hellfire Battlestorm yang dikeluarkan pada sekitar 90an.
Pendapat ikhlas gua Recidivist sepatutnya sudah perlu menghasilkan sebuah full length dengan kualiti bunyi yang membanggakan. Melalui 4 track awal Prefabricated Machine boleh diandaikan Recidivist sudah punya konsep tersendiri atau trademark music mereka yang tidak dicedok dari mana2 band walaupon unsur2 seperti Bolt Thrower dan Obituary masih kedengaran. Sesuatu yang menggembirakan ialah gua mendapat perkhabaran bahawa dalam masa terdekat Recidivist akan ke studio rakaman untuk full length dan oleh itu kita boleh menilai kemampuan sebenar mereka apabila ia nya berada dipasaran kelak.
Dapatkan Prefabricated Machine melalui Angka Kematian Production dengan harga RM20 by hand atau RM25 postpaid. Untuk urusan pembelian sila klik link2 yang kami sediakan dibawah video ini.
Angka Kematian Production
Email
Facebook
Recidivist