Darkregime – The Funeral Pyre (2019)

0

Darkregime boleh dianggap antara penggerak dan penyambung legasi Death Metal kental dari Kelantan Darul Naim selepas Suffercation yang merupakan antara pencetus irama keras ini suatu masa dahulu. Kewujudan Darkregime boleh disingkap ketika kehangatan beberapa lagi nama band dari negeri pantai timur ini seperti In Torment dan Incarcerate yang sama-sama memperjuangkan irama Death Metal tegar. The Funeral Pyre (2019) adalah buah tangan khusus kepada pengikut band War Metal ini. Untuk formasi terkini Darkregime dianggotai oleh Ozzyman – Bestial Massacre & Outrage, Jeff – Genocidal Thermonuclear Battleblast

Darkregime – The Funeral Pyre (2019)
Tracklist :
1 – Regime of Darkness
2 – Premonition to Confrontation
3 – Cryptic Beastial Dominion
4 – Silumaniac Dansacreation (As Sahar Cover)

The Funeral Pyre (2019) merupakan himpunan 4 buah tracks yang diambil dari rakaman-rakaman yang pernah dilakukan oleh Darkregime dimana ianya adalah diambil dari penyertaan dalam kompilasi, demo/promo dan EP. Gedebe Records bertanggungjawap dalam mengeluarkan semula himpunan material2 ini dalam formate tape/kaset dengan judul The Funeral Pyre (2019).

Regime of Darkness yang merupakan track pertama yang terdapat didalam rakaman demo sulung Darkregime yang bertajuk The Beginning of Dark Empire (2005). Sebuah track yang bagus dari segi penulisan/komposisi dan sound produksi yang bagus untuk band yang memulakan rakaman pertama. Permainan laju dan kemas dengan perisa Death Metal yang sudah sedikit menjurus kearah Black Metal.

Premonition to Confrontation  adalah track yang terlibat didalam kompilasi Metal to Metal II (2005) dibawah label Ultra Hingax Productions. Track ini turut diselitkan semula didalam Anthemic Holocaust (EP2012). Bermula dari track ini menyaksikan perubahan ketara gaya music Darkregime dimana lebih menjurus kepada konsep War Metal, satu terma yang dibawa oleh Impiety (Singapore) menggabungkan kepantasan gabungan Death dan Black Metal.

Cryptic Beastial Domion yang turut terkandung didalam Anthemic Holocaust (EP2012) keluaran Bhumidhuka Productions turut kental seperti apa yang dilakukan keatas Premonion to Confrontation. Keras, laju dan mantap!

Cover song dari As Sahar bertajuk Silumaniac Dansacreation yang diambil dari kompilasi tribute Eastern Beastiality – Tribute to As Sahar (2007) keluaran label Korea Selatan Infernal Kaos Productions. Track ini adalah mengagumkan dimana sebuah track yang penuh melodic telah dibawa dengan gaya War Metal garapan Darkregime dengan baek sekali. Ianya seakan sebuah lagu ciptaan Darkregime sendiri.

Ok, jika bercakap mengenai sound produksi, The Funeral Pyre (2019) bukanlah sebuah produk yang punya sound produksi yang meletup dari segi mutu akhir bunyi pertama kerana rakaman untuk track dilakukan dalam peredaran masa yang berbeza dan kedua music War Metal dari Darkregime yang terkandung ini adalah dari rakaman demo dan EP. Pasti mereka yang mengikuti perkembangan Darkregime (seperti juga editor) mahukan sebuah produk terkini dengan kualiti rakaman terbaek untuk karya terkini, mungkin dalam format full length.

The Funeral Pyre (2019) dikeluarkan secara limited hanya dalam format kaset oleh Gedebe Records. Gua tak pasti adakah kaset ini masih boleh diperolehi atau sudah sold out. Sila berhubung secara terus dengan Gedebe Records melalui email yang kami sertakan dibawah.

Darkregime
Email
Facebook
Myspace

Gedebe Rekords
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected