Interview : Zombies Bastard – Kuasa baru Crossover Thrash Metal dari Borneo
Masih ingatkah pada review yang DtE lakukan pada CD Demo band Zombies Bastard yang bertajuk Thrashaholic Zombies Bastard (2012)? Ya kalau belum boleh kilik SINI untuk baca. Terkini kami pihak DtE telah membuat satu sesi temubual bersama Zombies Bastard dan soalan2 yang diutarakan telah mendapat kerjasama yang baek apabila dijawap oleh Danish (Gitarist) dan Jhan Pra (Vocalist). Ok, luangkan sedikit masa untuk membaca hasil temubual ini. Enjoyyyyy….
1 – Hai all.. siapa yang menjawap soalan temubual ini?
Danish : Hailzzz… saya Danish…
Jhan Pra : U can also call me JP for short.
2 – Bagaimana terhasilnya Zombies Bastard? Boleh ceritakan sejarah penubuhan band ini?
Danish : Ok band ni tertubuh pada awal 2011…xpasti la bulan berapa…line up kekal dari 2011 sehingga sekarang.. pada waktu tu mmg addict dgn music thrashmetal…
Jhan Pra : Macamana terhasilnya band ni saya kurang pasti dgn perjalanan Danish sebab saya boleh ckp yg dia la mastermind band tersebut. Saya adalah org terakhir yg ditarik sebagai line up mereka.
3 – Boleh ceritakan perkembangan scene Thrash dan Crossover di Borneo terutama Sabah amnya.
Danish : Bagaimana tertubuhnya scenes thrash dan crossover?? Aku tak pasti jugak sebab aku sendiri pon org baru dlm nie scenes… Semenjak dapat bermain gig metal baru ada terasa adrenaline dalam scenes… Memang terbaik la scenes yg ada di Sabah…
Jhan Pra : Perkembangan scene thrash di borneo agak kurang berbanding pada waktu dulu (2000-2009) kami cuba utk membangunkan scene tersebut dgn sedaya upaya, sebab bagi saya utk remaja2 dan pemuda2, scene thrash sangat penting bukan saja dari segi adrenaline tetapi juga
dari segi message dan ilmu utk membangunkn mereka yg masih tidur dlm fikirannya.
4 – Thrashaholic Zombies Bastard Demo 2012 merupakan antara rilisan rasmi dari Zombies Bastard. Bagaimana reaksi pendengar yang diterima Zombies Bastard berkenaan demo tersebut?
Danish : Kita dapat feedback yg baik dari semua pihak… terutamanya area semenanjung… diorang mmg supportive…
Jhan Pra : Alhamdulillah, sambutan agak meriah. Kami bangga dan terharu sebab ini adalah rilisan pertama n we don’t expect it to be this big. Its a great ‘WOW!’ if u ask me. hehe
5 – Adakah Zombies Bastard berpuas hati dengan hasil akhir Thrashaholic Zombies Bastard?
Danish : Ok dari segi quality mmg kurang puas hati sebab sound memang raw… tapi x sangka pula sambutan memang terbaik la… kami akan buat yg terbaik selepas nie… nantikan!!! haha!!!
Jhan Pra : Ya kami puas hati, tapi still it seems like something is missing. So I hope we can do better for the next release Insya’allah.
6 – Difahamkan Zombies Bastard sedang bertungkus lumus didalam studio untuk penghasilan EP pertama. Boleh ceritakan serba sedikit berkenaan rakaman tersebut?
Danish : Ok… We’re just havin fun… But we are not fully in studio… Masih ada lagi lagu yg belum
di siapkan… tunggu saja lahhh…..
Jhan Pra : Rakaman time tu mmg fun. Everyone is enjoying what they are doing. I’m also very
blazed at the moment. I smoke before i sing to get more encouragement n feeling at the time. hahaha.
7 – Jika tidak salah demo pertama dirilis sendiri oleh Zombies Bastard. Adakah untuk EP akan datang Zombies Bastard telah bernaung dibawah mana2 label?
Danish : Ya.. demo memang kami release sendiri… Kami belum sangkut lagi mana2 label… mungkin EP nanti akan kami release sendiri…
Jhan Pra : Yes, we would love to work under any label that is serious as we can keep our footsteps organized. Kami xkesah pun utk berkerja under label mana2 asalkan mereka benar2 percaya dgn
Zombies Bastard untuk sentiasa berusaha untuk membawa kami ke atas, saya sudah cukup berbangga untuk berkerja dgn mereka. PEACE YO!!!! hahaha
8 – Band2 yang memberi pengaruh dalam penulisan lagu2 Zombies Bastard?
Danish : SLAYER,OVERKILL,MUNICIPAL WASTE DAN YG BERKAITAN DENGAN ZOMBIES EPIC2… HAHAHA…
Jhan Pra : Saya mengambil pengaruh SLAYER dan OVER KILL lebih dalam penulisan saya tetapi saya juga adapt kan mereka dgn intonasi seperti MUNICIPAL WASTE for more adrenaline. Ini agak susah sebab saya perlu menyanyi dlm keadaan yg sangat laju. It’s like i’m rapping. hahaha. Tapi, my main influence mmg hands down, SLAYER< OVER KILL, MEGADETH n so on…. i’m more to the old skool type.
9 – Lirik2 Zombie Bastard lebih menjurus kepada tema apa sebenarnya?
Danish : Sebenarnya lebih kepada kehidupan cuma penyampaian berbeza… Ia melalui cerita2 zombies… kenapa zombies berbeza dari manusia… kenapa zombies memberontak…
Jhan Pra : ZOMBIE!!!!! I’m a very big zombie fan. Kami semua a very big zombie fan. Sebab zombie ada segalanya yg kami perlu iaitu lembab dr segi fikiran (lurus bendul), laju dr segi kejaran (goal), x berfikiran ‘berhati perut’ (no mercy), ganas dan menakutkan (showing power over the weak). So ini mendisiplinkn kami utk berterusan dgn music kami….
10 – Equipment2 yang digunakan setiap line up Zombies Bastard untuk proses rakaman dan persembahan pentas?
Danish : Kita guna basic seperti 2 guitar ESP, 1 guitar bass dan beberapa equipment drum…
Jhan Pra : Tak adalah banyak equipment pun sebenarnya. Sama ja dgn apa yg org lain bawa utk recording dlm scene underground ni. Sorry saya xpandai sangat kalau bab2 guitar n drums ni. I mean,
saya tau juga tapi xlah detail. haha. ini smua u can ask Danish, saya tahu yg dia lebih tahu benda2 ni berbanding saya…. hehehehe..
11 – Pandangan Zombies Bastard berkenaan temasya KL Thrashed yang diadakan setiap tahun?
Danish : KL THRASHED… Ia sangat baik dan harus di jadikan tradisi… aku rasa setiap band thrash yg ada di Malaysia memang menghajatkan utk bermain di KL Thrashed lebih2 lagi macam kami band yg masih baru dlm thrashed dan ingin mengenali secara mendalam apa itu music thrash serta apa itu thrash dan banyak lagi yg berkaitan dengannya… selagi ia nya berkaitan dgn thrash kami akan terus support m/
Jhan Pra : Kagum! ingin melibatkan diri juga.. kalau boleh tolong, tolong la… hahaha….
12 – Gig2 yang telah disertai oleh Zombie Bastard?
Danish : Setakat nie baru beberapa gig seperti Thrashing Beast, Osmantikos Tour, Captain Cleanoff Tour, United Metal Attack II… Turn Up The Volume 2…
Jhan Pra : Opening utk ESKATOLOGIA, BEASTPETRIFY, OSMANTIKOS, United Metal Attack Gig, CARBURETOR DUNG, dan banyak lagi… xdpt nak ingat sangat… saya berharap utk pergi lebih jauh…
13 – Gig terbaek pernah disertai Zombies Bastard?
Danish : Bagi aku gig time Thrashing Beast… crowd ramai dan yang penting dapat bermain dgn band2 seperti Beast Petrify, Ironskull dan banyak lagi…hahaha…
Jhan Pra : THRASHING BEAST!!! sebab crowd time tu memang thrash gila… it makes us feel like home!!! Beastpetrify n Ironskull memang cun time tu!!!
14 – Pernah diundang menjayakan gig luar dari Malaysia?
Danish : Setakat nie belum lagi…
Jhan Pra : Tak pernah lagi.. ini yg kami berharap the words to spread till out there n dapatkan invitation untuk main disana… harap2 org di seberang terdengarlah pasal band kami…. Insya’allah.
15 – Jika diberi peluang menjadi opening act, apakah Band Crossover Thrash Metal antarabangsa yang menjadi idaman Zombies Bastard untuk berkongsi stage?
Danish : Kalau aku kompom D.R.I!!!
Jhan Pra : MUNICIPAL WASTE!!!! n off course SLAYER!!!! biarpun Slayer bukan band crossover tapi dia tetap band kegemaran thrash metal saya…. sebab telah memberi ilham sepenuhnya utk Zombies Bastard pergi jauh! ameen!
16 – Band2 Crossover Thrash Metal tempatan yang dilihat boleh memberi impak kepada industri dan scene music bawah tanah Malaysia?
Danish : Kalau Crossover Thrash Metal aku xbrapa pasti tapi bagi aku ialah Blackseed, Ironskull, Velhalla, Militant Attack, Vault, Lobotomy, banyak lagi la….kalau sebut satu2 boleh jadi karangan nanti… hahaa…
Jhan Pra : ZOMBIES BASTARD lah!!!! hahaha. Gurau ja, banyak lagi seperti Millitant Attack, n so on….. rajin2 la layar music borneo kalau nak tahu dgn lebih lanjut.. sebab sekarang dlm scene borneo susah sikit nak cri band crossover….
17 – Rilisan berformat Tape, CD, vinyl.. yang mana lebih menjadi tarikan buat Zombies Bastard?
Danish : Tak kisah la asal kan mudah bagi pendengar mendapat kan rilisan Zombies Bastard… tapi kalau idaman memang piring hitam…
Jhan Pra : VINYL!!!! saya teringin sangat nak ada vinyl tersendiri… Sebab saya minat kumpul vinyl ni… buat masa skrg saya kumpul JOHN LENNON, tetapi kalau ada vinyl band sendiri kenapa tidak kan??? hehehehe…… Next saya inginkan tape la…. Tu pun kalau ada masa utk buat…. Tapi vinyl tu kami betul2 ingin sebab kat sabah ni susah nak cari tempat yg bleh hasilkan kami vinyll….
18 – Pendapat Zombies Bastard berkenaan rakaman secara digital?
Danish : Kalau digital memudahkan utk sesebuah band meriliskan materials aku rasa tiada masalah… terpulanglah kepada hak masing2…
Jhan Pra : Ok, senang, n puas hati. tetapi kami ni more to old fashioned people so prefer the old kinda way of recording.
19 – Dilihat pada persembahan pentas (melalui youtube), kelihatan Zombie Bastard punya adrenalin yang cukup tinggi untuk memberi kepuasan kepada crowds. Selain itu apa yang lagi yang ingin diberikan Zombies Bastard kepada crowd dalam persembahan pentas?
Danish : Aku rasa sudah cukup berbaloi kalau dapat memuaskan hati crowd dalam persembahan pentas…yg penting aku bagi penyampaian atau mesej lagu…haha…
Jhan Pra : Gimik sangat penting bagi kami. Sebab kami ingin tunjuk kepada remaja2 di luar sana yg nothing is impossible sebab bila kita di atas pentas itu la time kita boleh buat apa saja. Kalau di luar
kita terpksa patuhi undang2 luar kalau x ISA la ceritanya kan?? hahaha…. Tapi bila kita atas pentas, wakil la utk memperkenalkn band, xkn la nak hensem2 hari2 pun kita hensem, bila nak selekeh2 nak feel comfortable with who u r kan??
20 – Lagu2 cover yang selalu dibawa oleh Zombies Bastard ketika persembahan pentas?
Danish : Municipal Waste atau Slayer…
Jhan Pra : Buat masa ni kami cover lagu Slayer – Raining Blood.. sebab before this kami fokus lebih on recording our own material… tu yg kurang fokus pada lagu cover tu. Tapi akan datang kami akan cover Municipal Waste – Bangover utk permintaan ramai… hehe
21 – Selain bakal meriliskan EP terbaru, ada sebarang material lain yang turut melibatkan Zombie Bastard? Compilation atau split album?
Danish : Compilation belum ada… Sebelum ada jugak beberapa band ajak buat kompilasi… tapi kami masih fokus dgn EP… mungkin selepas EP siap kita akan cuba buat kompilasi la dgn mana2 band…
Jhan Pra : Kami fokus on 2nd release dulu, lepas tu kmi akan buat split album sebab banyk juga yg ingin menghasilkn split album, the reason kami tangguh sebab nak fokus 2nd release ni ja. Tapi kami juga akan release t-shirt pada waktu akan datang. Harap xda halangan la. hehe
22 – Sebarang merchandize dari Zombies Bastard?
Danish : Setakat nie saya cuma ada CD Demo 2012…
Jhan Pra : For now sticker n patches ja, tu pun xtaw lagi kalau masih ada atau x? Tapi, next is t-shirt, banner, back patches n button pins la…
23 – Apakah target sebenar penubuhan Zombies Bastard? Sekadar hobi atau punya target beraksi seluruh dunia?
Danish : Wah!! hobi?? aku kesemuanya sekali… sebab kami pon tengah usaha dan cari cara macamana mau beraksi di mana2 tempat… kalau ada rezeki apa salahnya…
Jhan Pra : Kami ingin sampaikan messaga kami ke seluruh dunia, band ni ditubuhkn secara serious bukan sekadar hobi.. kami ingin menubuhkan satu revolusi bagi rakyat kita, mengatakan ‘kalau kami boleh, y r u still sitting on ur asses? get up n man up for ur rights!’
24 – Harapan Zombies Bastrad berkenaan scene bawah tanah negara khususnya dalam arena Crossover dan Thrash Metal?
Danish : Kami mengharap scene Thrash Metal akan terus dapat tempat di hati thrasher2 seluruh dunia dan khususnya negara kita…hehehe… yg penting ada unite dan supportive di kalangan thrasher2 dan jugak metalhead2 di luar sana… hidup Thrash Metal sampai bila2!!!… dan yg paling last, thanx for interviwing us bro… thanx bagi kami peluang… dan thanx jugak kasih kenal band Zombies Bastard biar pon kitaorang masih baru tapi dgn bantuan zine2 underground serta review dari zine saudara sedikit sebanyak dapat membantu kami utk lebih kenal lagi dalam scenes metal… thanx for support!!! supportive??? thats what we want!!! hail!!! thanx again!!!
Jhan Pra : Harapan kami xlebih pun dari mengenalkan diri dgn band2 lain di negara Malaysia untuk merapatkn silatulrahim, gain friendship n bergerak bersama ke luar negara…. satu hati, satu bangsa, satu negara!!! only METALHEADS can really do this!!! thanx for interviewing us!!! a thousand tons of appreciation!! insya’allah we’ll meet on the other side!!!! thank u!!!!
* Ok, bagaimana? Mungkinkah Zombies Bastard akan memeriahkan temasya tahunan KL Thrashed pada tahun hadapan? Sama2 kita nantikan.. Kepada pembaca, diharap memberi ruang kepada mereka untuk melangkah kehadapan dalam merealisasikan impian mereka memeriahkan lagi scene Crossover Thrash Metal tempatan.. Yeahhhh m/
Taniah! taniah! ZB!…semoga tercapai segala impian kamu…Hail yeah!
tahniah! tahniah! ZB…semoga tercapai segala impian kamu smua…