Æl-Fierlen – All Is Far Away [Full Length, 2025]

Saya sentiasa menyukai idea band-band Atmospheric/Post-Black Metal/Blackgaze yang menyulam elemen hutan/alam semulajadi dalam tema muzik mereka. Bila saya mendengar ‘All Is Far Away’ album penuh pertama Æl-Fierlen, sebuah unit Atmospheric/Post-Black Metal/Blackgaze dari United Kingdom ini, terus teringin nak masuk jalan-jalan masuk hutan. Æl-Fierlen merupakan band yang sangat muda, dengan hanya mula bermain persembahan pada 2024, namun saya tertarik dengan stail dan aesthetics mereka. Adakah kemahiran mereka bermuzik on par juga?

All Is Far Away menawarkan 34 minit yang penuh dengan haunting, uplifting dan sejuk-sejuk, hutan-hutan dengan stail mengingatkan saya kepada Sylvaine, Myrkur, Trees of Eternity dan Suldusk. Approach yang melancholic dan atmospheric yang dipandu vokalis wanita alternate antara melodic singing dan shrieking, dijalin permainan gitar yang berinspirasikan antara Post-Metal dan Shoegaze (barely there saya rasa) dan permainan bass yang secukup rasa.
All Is Far Away merupakan percubaan awal Æl-Fierlen yang menggabungkan stail Atmospheric/Post/Blackgaze diterap tema alam semulajadi yang sebenarnya not bad.
Trek pembukaan To Sleep Eternal adalah antara trek yang paling catchy dengan nyanyian yang hopeful dan approach yang atmospheric. Tone gitar trek ini mengingatkan saya kepada terbitan terawal Sylvaine; gitar yang distortion tak berapa crisp untuk stail Metal, sebaliknya lebih sesuai kepada bunyian Post-Rock/Shoegaze. Trek kedua Pulrose pula kedengaran mysterious dengan elemen berbisik, nyanyian bermelodik bersulam shrieking daripada vokalisnya. Saya menyukai permainan gitarnya yang berunsur Post-Rock selain daripada macam berinspirasi daripada Suldusk.
Eðe pula kedengaran seperti cuba nak menjadi lebih keras dengan intro gitar yang sinister disusuli dengan blastbeat dan vokal menderam ala Black Metal sebelum female vocals yang ghostly bergema mengkhayalkan pendengar on the second half of the song. Trek terakhir Ællmiht menutup All Is Far Away dengan feel penuh melankolik yang panjang berjela, bagaikan segala jenis approach nak diselitkan; ada stail Post-Rock, Blackgaze dan juga elemen Atmospheric diselitkan. Sungguhpun saya menyukai trek ini, terutama dengan nyanyian di 2 minit terakhir, trek ini terasa agak bloated dan could have been reduced to 5 minutes je.
All Is Far Away merupakan percubaan awal Æl-Fierlen yang menggabungkan stail Atmospheric/Post/Blackgaze diterap tema alam semulajadi yang sebenarnya not bad. Instead buta-buta mengikut stail band-band yang menjadi pengaruh mereka, Æl-Fierlen cuba branch out dengan mencuba stail mereka, which is alright but could have been better. Saya cuma merasakan All Is Far Away could have been shorter, which in this case sedikit payah memandangkan stail Post-Metal dikenali dengan build-up yang memakan masa sedikit tetapi kalau dah berulang dekat seminit dua, hilang jugak fokus jadinya. Saya fikir crafting mereka masih boleh diasah untuk menjadikan lagu mereka memorable (seperti trek pertama) dan faktor yang menjadikan album ini menarik perhatian saya adalah haunting vocals oleh vokalis utamanya dan permainan gitar yang kedengaran familiar di kalangan band Post/Atmopsheric Metal generasi baru. Oh, dan kualiti adunan boleh jadi lebih baik. Saya syorkan anda dengar sendiri untuk betul-betul menilaikannya!
All Is far Away kini terdapat dalam format CD, kaset dan muat turun digital.
FFO: Sylvaine, Myrkur, Trees of Eternity, Suldusk, Agalloch, Panopticon
Ikuti Æl-Fierlen di media sosial:
