SlaughterSoul – Desolation of Fear (Promo 2008)
Band yang berasal dari Kota Bahru Kelantan ini gua ada dengar lagu diorang dari youtube asalnya. Kemudian gua cuba cari material diorang namun gagal sehingga baru2 ini ada kenalan jual promo CD diorang. Ditubuhkan sekitar 2007, SlaughterSoul merupakan antara band tempatan yang memperjuangkan irama Gothenburg yang turut diperjuangkan oleh band2 lain seperti Herriot, Blind Terror, Two Foot Candle dan terkini Nonserviam dan In Cries juga tidak kurang hebatnya. Ok, berbalik kepada Desolation of Fear (Promo 2008) yang mengandungi 3 buah lagu termasuk sebuah cover song dari Inflames. Promo CD ini dikeluarkan oleh Carnage Music.
Dinyatakan Desolation of Fear melalui proses rakaman di 2 buah studio di Kelantan iaitu Gyroscope Sound Studio dan Analogig Studio. Mr Jon merupakan sound engineer yang bertugas dalam penghasilan Promo CD ini bertempat di Gyroscope Sound Studio manakala Abe Man melaksanakan penyelenggaraan untuk proses adunan vocal di Analogig Studio.
Hatred Between Us merupakan track pertama yang mana bermula sahaja sudah menampakkan kemantapan riffing yang bermelodi. Verse pertama agak bersahaja namun seperti kebiasaan chorus lagu bergenre sebegini sememangnya catchy. Gaya pembawaan vocal sangat bersesuaian dengan konsep dibawa. Mungkin pengaruh kuat In Flames, Dimension Zero paling menonjol untuk track ini. Solo gitar juga menarik malah kepelbagaian melodi jelas diperdengarkan dalam track ini.
Insular Cortex agak laju tempo permulaannya dan permainan berteknikal di persembahankan pada verse pertama. Pre-chorus yang catchy dari segi melodi dan riffing mampu membuatkan pendengar berada dalam keasyikan. Seperti track pertama solo gitar harus diberi perhatian. Gua memilih track ini sebagai track pilihan untuk promo ini. (* Preview song ini boleh dengar dari video youtube di penghujung review)
My Sweet Shadow merupakan sebuah track saduran dari In Flames menerusi album Soundtrack For Your Escape (2004). Sebuah lagu yang startingnya sahaja agak sukar dimainkan. hahaha.. Ok, gua xmau komen banyak, yang pasti SlaughterSoul dapat memainkan lagu ini dengan baek sekali.
Secara keseluruhan gua berpendapat SlaughterSoul merupakan antara band beraliran Gothenberg tempatan yang agak berjaya (berdasarkan komposisi lagu2 dalam promo ini) dengan mereka berjaya menjiwai apa yang patut ada dalam music yang mereka bawakan. Feel yang terhasil nampak berkesan yang mungkin hasil dari kajian mereka terhadap konsep yang dibawa.
Dari segi sound production, apa yang nyata Desolution of Fear memberikan kepuasan terutama kepada pendengar yang mempunyai gegendang telinga yang cerewet. Sound yang bersih dan sangat sesuai dengan konsep yang dibawa. Keseimbangan serta level yang sama cantek untuk setiap bunyi yang dihasilkan dari setiap instrument.
Nyata sekali SlaughterSoul terbukti sudah bersedia dalam mengharungi kancah music gelap tempatan. Juga gua akui music ciptaan SlaughterSoul punya kualiti namun sesuatu yang agak mengecewakan ialah status band ini yang sudah menyepi sejak sekian lama. Gua harap SlaughterSoul bakal menggegarkan kembali persada music berteraskan Melodeath ini. (Dulu gua gila Two Foot Candle, gua harap SlaughterSoul pun x hilang terus begitu sahaja jugak..)
Akhir sekali gua rasa Promo CD ni dah lama sound out sebab ianya hanya dikeluarkan dalam kuantiti 50 copies sahaja. So, untuk memahami intipati music SlaughterSoul, dibawah ni ada video dari youtube. Layan lah dan untuk menghubungi SlaughterSoul kami ada sediakan beberapa link nya sebelum tamat artikel.
Myspace
hello editor,
greetings from the underworld,
first of all , thanks for the review. i just randomly read ur blog. thank you for your kind opinion and time to review our demos.
we're now on hiatus mode, for your information, we have already compose 10-11 songs that should be released couple years ago, but due to our commitment to work and family we gotta put the record aside.
it's just about time, we will bring our version of melodeath at its finest.
best regards,
slaughterdude
This comment has been removed by the author.