Suffercation – Ancient Visions Disappear – Then Rise Cryptic Existence (Remastered 2014)

0

Ini merupakan keluaran semula album kedua Suffercation bertajuk Cryptic Existence (1993) yang mana ia nya telah melalui proses ramastered serta penambahan 2 buah lagu baru. Versi ini di beri judul “Ancient Visions Disappear – Then Rise Cryptic Existence”. Secara personal gua sangat menyanjung karya dari album ini kerana ia nya kedengaran sungguh berat, padu, kental dan seakan mendengar lagu2 dari band oversea. Ia nya kurang melodi kecuali untuk track Dark Reflection yang sedikit mellow walaupun majoriti nya keras. Untuk rakaman 2 track terbaru line up yang terlibat adalah Ly Razak (Drums), Rob Razak (Guitars) dan Ijall (Vocal). Loli, Kamal dan Matt merupakan line up yang akan bergilir-gilir mengisi posisi gitar kedua.

  Suffercation 2014
 Cover artwork oleh Nefariousz Lightbearer

Versi asal Cryptic Existence melalui proses rakaman di King Studio. manakala untuk versi AVDTRCE ini ianya melalui proses mastering di Maggots Tune Studio, Putrajaya. Adly Razak dan Rezza Omar bertindak dalam proses mixing dan proses mastering turut di lakukan di studio yang sama. Sahabat mereka Shamien Beheror turut menyumbangkan solo gitar untuk track2 terbaru. Album ini dikeluarkan oleh CoolRecords (M) Sdn Bhd. 

Untuk versi remastered ini gua hanya akan review 2 track terbaru kerana versi asal anda boleh baca DISINI. Dua buah track tersebut bertajuk Dubious Sin dan Perpetual Flame.

Dubious Sin gua boleh kata agak mengejutkan. Track ini paling sesuai di muatkan bersama track2 lain dari versi awal Cryptic Existence ini. Kedengaran cukup keras, garang, kental dan permainan yang laju. Untuk track ini saja gua sudah beranggapan Suffercation sudah sepatutnya menghasilkan album baru dengan track2 segarang ini. Gua rasa tidak ada cacat cela langsung track ini untuk klasifikasi Death Metal. Perfect!!! Walaupun dengar banyak kali terasa sedikit pengaruh Deicide untuk track ini. Kata akhir, track ini berjaya buat telinga gua rasa bingit!!!! Terbaekkkk!

Perpetual Flame juga masih dengan mood seperti Dubious Sin. Kental padu dan ganas. Ngauman Ijall, riffing menyeksa dan paduan drum cukup mengagumkan. Seakan mereka kembali ke zaman awal 90an dimana setiap band masing2 cuba menghasilkan material seganas yang mampu.

Kesimpulan yang boleh gua katakan berkenaan album ini, sound produksinya adalah terbaek dan mencapai tahap profesional album. Kelainan yang gua dapat tangkap mungkin untuk sound dan tone gitar yang lebih tajam kali ini. Drum juga lebih bertenaga dengan stroke dan hentakan separa drum yang konsisten. Ijall ternyata mampu menyambung apa yang telah dihasilkan oleh Jeff Ilyas sebelum ini.

Dapatkan Suffercation – Ancient Visions Disappear – Then Rise Cryptic Existence (2014) dengan harga RM40 yang didatangkan dalam format digipak. Bersama keluaran album ini juga Suffercation turut menyediakan t-shirt rasmi berharga RM60. Turut dijual poster bersize A3 dengan harga RM10.

T-shirt rasmi RM60
Poster size A3 berharga RM10

Suffercation boleh dihubungi melalui email dan link facebook yang kami sertakan dibawah ini. Kata2 akhir dari gua, rasa nya Suffercation masih lagi keras dengan Death Metal nya dan sudah tiba untuk Suffercation menghasilkan album terbaru untuk habuan pendengar2 yang dahagakan Death Metal keras dari mereka.

Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected