Inner Light – Structure [EP, 2023]
Sebenarnya EP kedua oleh Inner Light, sebuah band Metalcore dari Perancis ini dah lama terperap dalam simpanan saya dan didengari dari masa ke semasa. Berjudul Structure, EP ini menemui pasaran pada Disember 2023 dan dikeluarkan secara independent.
Structure adalah terbitan Metalcore yang berkiblatkan Heaven Shall Burn, Architects, Trivium dan Killswitch Engage yang mengingatkan kepada pendengar kepada era Metalcore menjadi kegemaran ramai sekitar 10 tahun terawal millennium. Obviously stail Inner Light terarah kepada stail Metalcore yang berinspirasikan Melodic Death Metal, membezakan mereka kepada stail Metalcore zaman sekarang yang gilakan sound lebih berat dan kompleks (read: Djent, Deathcore, Ambient build-up). Salah satu selling point untuk Inner Light adalah mereka mempunyai female vocalist. terus teringat kepada band-band seperti Arch Enemy, Agonist, In This Moment dan banyak lagilah.
Salah satu selling point untuk Inner Light adalah mereka mempunyai female vocalist.
EP ini menawarkan permainan gitar bermelodic yang crisp dan in your face, dengan dram yang safe dan lontaran vokal yang garang. Initially, saya macam alamak ni kalau ada melodic singing ni mesti potong ah, tapi thankfully, vokalis Inner Light membedal EP ini dengan snarling vocals yang ferocious. Saya tidak mempunyai banyak komen tentang permainan dram, kecuali ada kedengaran di beberapa tempat yang terkucil dan inaccurate, but nothing major. Pada saya, Structure kedengaran cenderung ke arah Melodic Death Metal memandangkan percentage Hardcore Punk tak berapa banyak pun. Saya mengharapkan ada la nasty breakdown tapi sparsely la dalam EP ini, which could add a bit more aggression to the songs.
Pada saya, Structure kedengaran cenderung ke arah Melodic Death Metal memandangkan percentage Hardcore Punk tak berapa banyak pun.
Secara keseluruhan, Structure menawarkan blistering Metalcore dengan permainan gitar yang aggressive dan vokal yang feral, namun fell short of my expectation yang mengharapkan breakdown menggila (supaya boleh buat stank face) dan permainan gitar yang lebih melodic. But there’s nothing wrong with that. Overall, saya tetap teruja dapat mendengar terbitan Metalcore yang datang nun jauh dari Perancis sana. Saya syorkan kepada kaki Metalcore yang gemarkan sound era awal 2000.
Structure kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Heaven Shall Burn, Architects, Trivium, Killswitch Engage
Ikuti Inner Light di media sosial: