Gua rasa tak sah bila start review material2 metalcore masakini kerana A New Fall merupakan antara band awal yang membawa genre ini di Malaysia. Seingat gua pertama kali gua mendengar lagu2 A New Fall ketika kegemilangan forum i-bands sekitar 2004 ke 2005 dahulu rasanya. Ok secara mukadimahnya A New Fall ditubuhkan pada 1999. Demo pertama rilis pada 2004 dengan berbekalkan 4 buah lagu. Kemudian sebuah track terbaru turut dimuatkan didalam kompilasi One Hand Stands Another Compilation CD yang dikeluarkan oleh Broken Vinyl Records. Pada 2008, Bleeding World And Screaming For Acceptance (2008) merupakan album penuh yang pada gua tidak sekadar membawa impak penubuhan band2 Melodic Metalcore kerana apabila diamati secara terperinci, pengaruh band2 seperti At The Gates juga boleh dihidu dalam karya2 ciptaan A New Fall.
Adib Azfar (Vocal), Adamo (Bass), Fahmi Fatah (Guitars), Ariff Iskandar (Guitars), Azlan Malek (Drums)
Tracklist :
1 – Breathe These Lies
2 – The Dead Will Tell
3 – Freedom Against My Heart’s Desire
4 – For The Reason That Remains Unclear
5 – The Eyes Of Guidance (Instrumental)
6 – When Everything Else Fails
7 – Of Hatred And Lies
8 – One Lust Thing
9 – Without A Trace
10 – Scars From Her Broken Wings
Bleeding World And Screaming For Acceptance (2008) melalui proses rakaman di UTAR Broadcasting Studio. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Adzwan. A New Fall dan Jana bertindak sebagai penerbit manakala Intrude Records bertindak sebagai label yang mengeluarkan album ini.
Jika diamati dengan teliti konsep music bawaan A New Fall tidak sekadar merangkumi kepada Melodic Metalcore. Ini kerana beberapa pengaruh seperti Gothenburg sound turut dapat dihidu dari riffing2 yang terdapat pada lagu2 mereka. Mungkin sesuai jika dikatakan August Burns Red, Darkest Hour, Unearth mempunyai pengaruh besar didalam penulisan lagu2 dan tidak terkecuali raja Metalcore dunia yang seakan terhenti perjuangan nya iaitu As I Lay Dying juga memberi pengaruh dalam penulisan lagu2 mereka. Juga perlu gua selit kadangkala mood seakan mendengar At The Gates turut terkesan untuk beberapa bahagian lagu.
Dari segi sound produksi, gua berpendapat A New Fall masih kental dengan apa sound awal mereka untuk demo 2004. Sound yang cukup padat walaupun tidak 100% mengejar kelajuan namun cara penulisan masih lagi sama seperti apa yang mereka lakukan terdahulu.
Gua tak pasti sama ada A New Fall telah berkubur atau berada didalam mode hibernate kerana mereka tiba2 menyepi. Gua rasa A New Fall perlu muncul semula kerana Metalcore bawaan mereka agak berlainan dari apa yang selalu kita dengar sekarang. Mereka tidak mementingkan kelajuan malah riffing2 yang catchy serta komposisi lagu yang seakan mengajak pendengar berheadbang adalah sesuatu yang nyata dapat dikesan apabila lagu mereka dimainkan.
Ok, gua tak pasti bagaimana dan adakah CD ini masih boleh diperolehi. Oleh itu gua sediakan beberapa link untuk mengenali band ini serta link untuk menghubungi label Intrude Records sekira nya mereka masih punya copies untuk pembelian dari anda.