The Casket – Rise The Undead (2014)

0

The Casket merupakan antara band yang memperjuangkan irama Death Metal. Band yang berasal dari Sabah ini terdahulu telah menghasilkan sebuah EP bertajuk Am I Dead pada 2012. Bersama label Earblast Records, The Casket sekali lagi tampil tetapi kali ini dengan sebuah album penuh bertajuk Rise The Undead yang secara rasmi dipasarkan pada 1 November 2014.

The Magoth – All Vocals
The Zombie – Guitars, Bass & Drums
Artwork & layout oleh Ironworx Gravefix
Tracklist :
1 – Intro: Realm of Chaos
2 – Rise the Undead
3 – The Skeletonia
4 – Virus Kematian
5 – Zombie Invasion
6 – Wound That Never Be Heal
7 – Vaccine for My Blood
8 – Infected
9 – Slave to the Grind (Skid Row cover)

Rise The Undead melalui proses rakaman di Jenazath Studio, Ampang sekitar 5 Oktober 2013 sehingga 6 Julai 2014. Rakaman vocal pula dilakukan di Chromatic Studio, Sandakan Sabah sekitar 13 Julai 2014 dan diselenggara oleh Sutrisno. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Mr Zombie di Jenazath Studio.

Gua beranggapan album ini sudah punya konsep Death Metal nya yang tersendiri. Beberapa track yang benar2 boleh mengajak pendengar layan seperti Zombie Invasion, Wound That Never Be Heal dan Infected ternyata berhantu! Vaccine For My Blood yang merupakan sebuah instrumental pula seakan satu ekpresi gitarist untuk idola2 gitar hero dunia. Slave To The Grind iaitu track saduran dari Skidrow memang jauh beza bunyinya bila di Death Metal kan. Hahaha..

Secara keseluruhannya, gua boleh katakan Rise The Undead adalah sebuah album yang bagus. Cuma dari segi sound produksi, jika proses mix dan mastering dilakukan dengan lebih baek ada harapan ini antara album yang boleh meletup. Sound gitar tidak terlalu bingit dan tidak juga terlalu raw. Mungkin boleh diupgrade perkakasan rakaman untuk material akan datang.

Dari kontek music, gua beranggapan Rise The Undead sebenarnya merupakan sebuah album yang agak kuat dengan idea2 Death Metal yang tepu. Riffing, stroke drum dan melodi vocal yang mampu mengajak pendengar berheadbang!!! Idea yang jelas cukup banyak hasil ciptaan The Zombie selaku penulis lagu2 untuk album ini. Seperkara lagi gua dapat perhatikan solo2 gitar yang seakan punya identiti tersendiri untuk music The Casket. Agak mendayu dan penuh feel. Vaccine for My Blood adalah jawapan kepada solo gitar yang cukup feel yang gua katakan ini.

Rise The Undead (2014) boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand dan RM30 untuk pembelian secara pos. Anda boleh menghubungi Earblast Records untuk tujuan pembelian. Link telah kami sediakan dibawah preview video dibawah ini.

The Casket – Rise The Undead (Preview)


The Casket
Email
Facebook

Earblast Records
Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected