The Impatient Sisters – Comets & Stars (Metal Ver.) [Single, 2023]

0
The Impatient Sisters Comets & Stars

The Impatient Sisters adalah nama yang familiar dalam scene Indie tempatan. Sentuhan muzik Folk dan Indie mereka yang chill dan uplifting menjadikan stail mereka accessible kepada para pendengar, tak kira yang baharu atau lama. Buat yang tak familiar, band ini terdiri daripada 3 adik-beradik yang memanfaatkan antaranya vokal harmoni, gitar akustik dan xylophone untuk menghasilkan sound yang distinctive.

The Impatient Sisters

Keluaran terkini mereka adalah reworked version trek Comets & Stars yang asalnya dimuatkan dalam self-titled album mereka pada 2014. Tapi untuk 2023, Comets & Stars muncul dalam versi Metal pulak sebagai satu eksperimen oleh adik-beradik ini. Stail Metal yang ditampilkan berbunyi moden, atau senang cakap berkiblatkan Metalcore/Post-Hardcore dengan menjemput vokalis AKTA untuk harsh vocals. Think of Massacre Conspiracy and The Padangs with female vocals. It sounds fine on paper. In fact, saya sangkakan Comets & Stars menampilkan stail Folk Metal tapi meleset pulak. I guess it’s not the kind of Folk Metal I expected (think of Eluveitie, Finntroll atau As-Sahar circa Bugis era), sebaliknya trek Folk/Indie yang disalut treatment Metalcore. I gotta say, I’m slightly disappointed sebab TIP terer bab buat lagu catchy ni. But this one is pretty forgettable dengan elemen Metalcore dan (barely there) Indie-Folk wujud bagai air dan minyak. Saya berharap at least ada xylophone atau some other instruments yang associated dengan Indie/Folk membuat cameo role, tapi takde pulak.

Stail Metal yang ditampilkan berbunyi moden, atau senang cakap berkiblatkan Metalcore/Post-Hardcore dengan menjemput vokalis AKTA untuk harsh vocals.

Versi Stars & Comet ini dirakam secara live di studio, jadi boleh kedengaran adunan yang unpolished dan tak seimbang. Selalunya saya menggemari bunyi yang raw especially when it comes to Metal tapi yang ini kedengaran muffled dan synthetic. Sedih pulak sebab rasa macam level pre-production punya track. Imagine having a lot of potential tapi let down dengan kualiti yang sebegini. Tone gitar tidak garang, bass walaupun audible tapi just doing its job, dan ini termasuklah dram.

Tapi the redeeming quality adalah vocals daripada Soraya, Nazeera, Irena dan Shahril yang menyinar berbanding aspek lain.

It’s a Metal reworking of Comets & Stars yang sepatutnya do one job, Metal sampai berdarah telinga. Saya fikirkan The Impatient Sisters masih berada di zon selesa mereka sebagai Indie/Folk musicians instead of going nuts. Tapi the redeeming quality adalah vocals daripada Soraya, Nazeera, Irena dan Shahril yang menyinar berbanding aspek lain. Akhir sekali, should TIP stop experimenting? Nope. Should they stop making Metal tracks? Nope, in fact saya harap mereka terus explore lagi, tak kira genre apa seterusnya memandangkan zaman sekarang pun pemuzik banyak crossover ke genre lain. Saya sangat berharap whatever they’re cooking from now on, biarlah menjadi berani (and crazy). Take the leap, ladies!

Comets & Stars (Metal Version) kini terdapat dalam format strim digital.

FFO: Massacre Conspiracy, The Padangs, Hujan era Sang Enemy, Poppy

Ikuti The Impatient Sisters di:

Instagram

X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected