EYES – Congratulations [Full Length, 2023]
EYES merupakan unit Hardcore Punk dari Denmark yang baru saja mengeluarkan album penuh kedua mereka berjudul Congratulations melalui Indisciplinarian. Walaupun saya tidak familiar sangat dengan stail sebegini, Congratulations mempunyai tone Sludge dan Noise Rock yang jelas dalam setiap trek yang dipersembahkan.
Kena pulak dengan temanya yang revolved around dunia dan situasi semasa yang fucked-up; duit tak cukup, peluang yang terhalang akibat generasi sebelumnya yang tamak mengumpul kekayaan lantas menindas golongan muda dan masa depan yang muram.
Congratulations pada saya adalah album yang mudah untuk dihadam tanpa execution yang benar-benar complex dan beria-ia. Ia adalah record yang marah, baran dan barai tetapi catchy dengan riffs yang menarik dan sempoi. Kena pulak dengan temanya yang revolved around dunia dan situasi semasa yang fucked-up; duit tak cukup, peluang yang terhalang akibat generasi sebelumnya yang tamak mengumpul kekayaan lantas menindas golongan muda dan masa depan yang muram. Saya dengar pun rasa nak mengamuk. Tapi Congratulations bukan sekadar nak lepas marah, because EYES did it with carefully thought songwriting (in spite of chaotic feels all around) dengan execution yang membuat lagu-lagunya enjoyable dan groovy untuk dilayan live (semestinya mosh inducing). Kebanyakan trek dalam Congratulations kedengaran jangly, unpredictable dengan execution yang bengkak-bengkok dan maniacal. Semestinya membuat saya tak senang duduk tetapi juga menjadikan experience mendengar album ini agak menarik.
Congratulations lebih berfokus kepada groove yang penuh feel, bukan teknik yang berapi seperti Metalcore atau pun terlalu basic seperti Hardcore Punk klasik.
Honestly, saya sukakan tone gitarnya yang gritty dengan drumming yang groovy mengiringi jeritan vokalisnya yang bagai pecah tekak dengan lirik yang mengutarakan tema yang relatable. Saya bukan pendengar tegar Hardcore Punk, jadi mendengar EYES sebenarnya membuka mata saya yang stail muzik ini sebenarnya diverse daripada yang saya selalu come across. Congratulations lebih berfokus kepada groove yang penuh feel, bukan teknik yang berapi seperti Metalcore atau pun terlalu basic seperti Hardcore Punk klasik. Namun overall feelnya tetap berbisa dan furious sebagaimana stail Hardcore Punk yang didambakan para pendengar, cuma dengan sedikit twist dan ‘gila’. I think it’s a decent effort from EYES.
Congratulations kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.
FFO: Dillinger Escape Plan, Drive Like Jehu, Coverge, Botch, Everytime I Die