Filoforce – Remember (Demo 2015)
Filoforce merupakan band baru yang lahir dari daerah yang melahirkan band2 yang teguh dengan elemen old school iaitu Kajang. Mukadimahnya Filoforce terdiri dari 4 anak muda yang pernah bersama beberapa band seperti Heldrasil, Kemolorg, Oxidicide serta Elgranade. Ditubuhkan pada 2015, serius memenuhi undangan2 gig dan berani sekali menghasilkan rakaman demo juga pada 2015. Remember merupakan tajuk demo yang dihasilkan dengan mempertaruhkan 3 buah lagu.
Filoforce – Remember (Demo 2015)
1 – War
2 – Remember
3 – Fire (Reality of Satan)
Remember (Demo 2015) menjalani proses rakaman di Metalorg Studio dan Sound X Studio, Kajang sekitar June sehingga September 2015. Proses rakaman diselenggara oleh Fifi. Demo berformat CDR ini dikeluarkan pada 20 Oktober 2015 sebanyak 50 unit sahaja.
Demo ini bermula dengan track bertajuk War. Teruja juga gua dengan sound produksi yang bagus sebegini. Bukan calang2 demo dengan sound sebagus ini. Yang jelas elemen Old Skool ala2 Swedish Death Metal ternyata diterapkan dalam penghasilan lagu ini. Ghairah benar drummer menghentak pedal drum nya. Laju btol!
Remember masih dalam mood seperti track pertama. Riffing gitar yang adakala seakan Thrash Metal dan diselangi riffing Death Metal. Permainan instrument yang solid dari semua line up. Gua sukakan drum pattern yang seakan mencuba melakukan offbeat ketika part kedua solo gitar dimainkan. Komposisi yang masih terkawal dalam music direction Filoforce.
Fire (Reality of Satan) mungkin gua boleh kata track paling menyengat dengan riffing, paluan drum yang sudah mula masuk elemen grind untuk sesetengah part. Track terakhir dan terpendek tidak sampai 3 minit. Teknik warming bar digunakan ketika solo boleh didengar untuk setiap track.
Pertama gua nak puji sebab demo ini punya kualiti yang sangat bagus dari segi sound produksi. Bukan cincai punya kerja walaupun ini hanya sebuah demo. Satu rakaman yang kemas dan boleh mencapai tahap album untuk genre2 Old Skool begini.
Gua sedikit confuse untuk melabel genre bawaan Filoforce ini. Antara Thrash dan Death Metal. Mungkin paling tepat adalah kombinasi Thrash/Death Metal. Tone gitar untuk rakaman ini menghasilkan sound Thrash Metal secara terperincinya jika anda seorang pendengar yang cerewet. Mungkin perlu dibuat kajian lebih sedikit berkenaan tone gitar untuk menghasilkan sound gitar untuk Old Skool Death Metal seperti dilakukan Obituary atau Bolt Thrower untuk album2 lama dahulu. Gua rasa tone gitar rakaman ini agak “gemok” sikit. hahaha (sori pendapat gua sahaja). Selain tone gitar, pemain drum band ini boleh gua katakan melakukan kerja yang bagus. Salute pada kelajuan kaki menhenjut pedalnya. Adakah beliau menggunakan “vruk”? Teknikalnya pula gua rasa level bunyi snare agak tinggi untuk setiap lagu. Ini menjadikan ianya kedengaran agak Thrash Metal. Bass cukup perisa, tidak menunjuk2 dan menjadi latar untuk setiap dentuman lagu2 yang terkandung. Vocal dengan style persis Black metal pada pendapat gua. Semua ini digabungkan dengan baek untuk penghasilan demo yang berkualiti dari sudut rakaman dan sound produksi.
Filoforce – Remember (Demo 2015) boleh diperolehi dengan harga RM10 by hand. untuk pembelian secara pos, anda boleh menghubungi Filoforce melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah ini. Support Filoforce untuk kerja keras, band yang punya konsep, sound produksi yang memuaskan dan mereka perlukan sokongan anda untuk terus berani menghasilkan material yang bagus walaupun Filoforce adalah band yang baru ditubuhkan.