Originaliti Dalam Muzik
Soalan: Apakah persamaan yang terdapat pada album² ini?
Jawapan: Inilah di antara album Scandinavian Metal dalam simpanan saya yang dihasilkan oleh bands yang “tak berapa original tapi sangat magical”, yang mana pada pendapat saya cukup bagus dan di antara yang terbaik dalam genrenya. Sungguh malang apabila bands ini sekadar meriliskan satu album sahaja sebelum pakat² RIP.
Too bad IMHO apabila bands yang bagus dan berkualiti, berpecah apabila rilis satu atau dua album. Sedangkan bands yang terlalu mediocre, tiada kualiti serta ditambah pula dengan ketiadaan “magic” dalam karyanya, berpeluang rilis mcm² album dan dapat sambutan hangat.
Btw, saya terpanggil untuk berkongsi idea, kenapa saya sebut “magical” instead of “original”. Kalau rasa berminat, teruskan membaca. Tak minat, cukup sampai di sini saja.
Sebelum itu, ingin saya nyatakan yang saya bersifat neutral dalam memberikan pandangan tentang persoalan “Originaliti dalam muzik”. Ada bands@artists yang mmg unik serta original menjadi kegemaran saya dan ada juga yang tak original langsung tetapi saya suka.
Persamaan dari segi komposisi muzikal dan idea di kalangan bands adalah normal.
Jawapan untuk persoalan ini mudah saja. Pada pendapat saya, kalau kita terlalu fikir dan fokus pasal nak jadi yang original dalam muzik, especially Metal genre and its sub-genre, terimalah hakikat yang mati hidup balik pun anda takkan jadi original. Yeah. Keep on trying but most of the time you’re gonna fail! Mungkin originaliti boleh dicapai dari segi approach, lyrical or ideologically tapi kalau nak claim anda 666% totally original mcm pioneers terdahulu memang ibarat jauh panggang dari api.
Persamaan dari segi komposisi muzikal dan idea dikalangan bands adalah normal. Lagipun, memang dah jadi lumrah dalam berkarya kita mesti akan terinspirasi dengan karya lain yang menjadi minat kita. Jadi, sedikit persamaan tu bagi saya okay. Apa yang perlu ada untuk membuat persamaan itu kedengaran accessible dan appropriate adalah pembaharuan dan juga “magic” yang boleh dirasakan apabila peminat mendengarnya. Dari mana sumber “magic” tu? Hmm.. subjektif jawapannya tapi pada pandangan saya, mungkin boleh dirasakan pada sound production yang bersesuaian, idea yang terhasil melalui proses experimental dalam komposisi muzik, bait² lirikal yang mendalam serta penuh makna etc. Of course, originality is a good thing when it comes to music. And I don’t fuckin’ go against it at all. Tapi, jika kita terlalu menekankan soal originaliti dalam berkarya tanpa mengira elemen musical yang sepatutnya menjadi fokus utama, ianya adalah sesuatu yang sia².
Of course, originality is a good thing when it comes to music.
Minat terhadap muzik ni bergantung pada citarasa masing². Ianya subjektif. Mungkin sedap pada telinga saya tapi tidak pada anda. Cuma, berdasarkan pengamatan saya yang tak seberapa ni dalam muzik Metal ni, jika anda berjaya jadi yang “original”, out of this world sekalipun tapi anda tak berjaya berkongsi karya anda tu dengan majoriti of the fans (i.e disebabkan karya yang dihasilkan itu terlalu “unik”, terlalu “gila”, terlalu avant-garde, terlalu progressif sehinggakan tak dapat diterima, tak dapat dihadam dan dicerna oleh jiwa kebanyakkan fans dan hanya diminati oleh golongan tertentu seperti die-hard followers sahaja), pada saya semua itu tak lebih dari sekadar mencari kepuasan dalam berkarya. Dan buat artist yang mementingkan originaliti dalam berkarya, jangan salah faham ya? Saya terbuka dalam soal ini dan saya tetap respect serta menyokong anda kerana saya sendiri juga secara peribadi sangat meminati dan mendengar karya² “pelik” dan “original” i.e Stallagh, Diamanda Galas, Bjork, Magma, Comus, Ved Buens Ende, Fleurety, In The Woods…etc.
Kesimpulannya, dalam konteks muzik Metal (especially Black/Death/Thrash etc), original atau tak original sesebuah karya itu bukanlah persoalannya. “Feel”, “jiwa”, “roh” dan yang paling penting, “majik” mesti ada dan dapat dirasai dalam karya itu. Ini sahaja yang dapat menyelamatkan anda dari dicop “mediocre”, “typical” serta “tak berkualiti”.
Terima kasih sebab membaca perkongsian saya. Buat semua aktivist karyawan Metal tempatan, ayuh bersama² kita berusaha untuk menghasilkan produk berstatus classic yang boleh dibanggakan dan bukannya produk “picisan” yang bakal dilupakan oleh peminat dalam masa beberapa bulan sahaja.
Tulisan asal boleh di temui di sini.
Tulisan asal boleh di temui di sini.