Restraint – Rise Above Hate (2016)

1

Penantian sekian lama akhirnya menemui jalan kesinambungannya. Itu yang dapat gua gambarkan apabila Restraint bersama Persistence Records melahirkan album terbaru berjudul Rise Above Hate pada 29/10/2016. Thrash Metal digabungkan bersama New School Hardcore adalah intipati album kedua mereka.

 Ijam (vocals), Mizan (Guitars), Afwan (Guitars), Zam (Bass), Apeq (Drums)
Artwork, layout & design oleh Uze Osbourne of PixelDixel Art
Logo rasmi “Eagle” oleh Quairul Whai (Allahyarham) of Q.Graphix
Tracklist :
1 – Never Regret
2 – The Final Hope
3 – Rise Above Hate
4 – Strength From Within
5 – Still Believe
6 – For Better Days
7 – Bring It Back ( The Glorious Days)
8 – We’re Still Alive

Rise Above Hate (2016) melalui proses rakaman di MC16 Studio oleh Sendart dan NuBreax Studio oleh Ardy Hamdan. Proses mix dan mastering di lakukan oleh Sendart di MC16 Studio, Seri Kembangan Selangor. Terdapat 3 gitarist undangan menyumbangkan solo gitar masing2 iaitu Godoy (Massacre Conspiracy) untuk track Never Regret, Andre Tiranda (Siksa Kubur) untuk track Rise Above Hate dan Iskandar Tajuden (Artefacts) untuk track For Better Day.

Never Regret bermula dengan sedikit intro sound sample radio sebelum music sebenar menggegarkan. Sesuai sekali Never Regret dijadikan track pemanas kerana energy yang dihambur dari track ini ternyata mampu membakar adrenalin pendengar. Godoy dari Massacre Conspiracy turut menyumbangkan solo gitar yang laju seiring dan kena dengan mood lagu ini. Ini merupakan track yang agak kencang dan bertempo rancak! The Final Hope ada dinyatakan sebelum ini merupakan track pertama dihasilkan Restraint yang mana ianya tidak dimasukkan didalam album pertama namun dimasukkan didalam album terbaru ini. Sebuah track yang punya pengaruh Hardcore yang kental. Rise Above Hate yang merupakan self-title album ini agak menonjol pengaruh Thrash Metal ala Slayer dan Kreator melalui riffing gitar. Boleh gua katakan solid riffing Thrash Metal di blend bersama pengaruh Hatebreed, Throwdown, untuk sound direction yang semakin keras dari apa yang Restraint lakukan sebelum ini. Solo gitar dari Andre Tiranda (Siksa Kubur) dipenghujung track menambah rencah huru hara pada lagu ini. Strength From Within seakan sambungan track terdahulu jika diteliti pada mood music nya namun kekentalan lebih kearah hardcore. Still Believe keras dengan elemen hardcore dari awal jika dilihat pada riffing dan stroke drum. Paling menarik pada track ini apabila perubahan riffing dari Hardcore ke Thrash Metal. Acuan yang berjaya dari Restraint.

Restraint – For Better Days (Official Lyric Video)
featuring Iskandar Tajuden of Artefacts

For Better Days merupakan track yang diberi preview awal sebelum album ini dilancarkan. Video lirik rasmi ini menemui telinga2 pendengar pada September iaitu lebih kurang sebulan lebih sebelum album ini dipasarkan. Track ini sesuai benar di jadikan promosi awal memandangkan ianya seakan memberitahu akan music direction terbaru Restraint yang lebih berani menggabungkan elemen Thrash Metal kedalam acuan Hardcore dari Restraint. Iskandar Tajuden dari Artefacts sebagai guest gitarist juga pada gua menghasilkan solo gitar yang berkualiti untuk track ini. Bring It Back (The Glorious Days) merupakan track terpanjang, paling beremosi dari segi lirik, kepelbagaian rentak dan mood dan chorus yang catchy yang mana tidak pernah dihasilkan dalam mana2 rilis Restraint sebelum ini. We’re Still Alive merupakan track paling gua tak puas hati hahaha kerana feel dan vibe track ini benar2 mampu melonjak semangat namun ianya sekadar berdurasi pendek. Ok, gua rasa ada sambungannya lagi selepas ini.

Keseluruhan album ini boleh gua katakan antara produk tempatan tahun ini yang kaya dengan sound produksi yang jitu. Berada dalam kelas tersendiri juga jauh kehadapan dari segi konsepnya jika dibandingkan dengan Pure From Blood (2007). Formula berani dengan menggabungkan Thrash Metal dan New Skool Hardcore yang pada gua boleh menarik lebih ramai peminat tidak kira muda atau yang pernah melalui era old skool hardcore dan metal. Rise Above Hate juga merupakan album yang sangat beremosi (emosi nya tak dapat dirasai tanpa membelek cover sleeve disamping membaca liriknya) dari segi penyampaian liriknya. Ok, setakat itu sahaja rasanya review kali ini.

Rise Above Hate boleh didapati dengan pembelian RM25 byhand dan RM30 by postage. Sila hubungi Restraint atau Persistence Records melalui link2 yang kami sediakan dibawah untuk copy anda. Kata2 akhir, bayangkan Slayer bertembung Hatebreed dan Kreator bertembung Sick Of It All. Ok, dapatkan copy anda sekarang!

Restraint
Email
Email (Booking)
Facebook
Twitter
Instagram

Persistence Records
Facebook

1 thought on “Restraint – Rise Above Hate (2016)

  1. Menarik.
    Actually kalau band2 omputeh yang considerd baru dan main thrashy gitu, aku suka Savage Messiah dari UK. Classic dan album cover lawa2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected