Martyred – The Relegation [Full Length, 2022]

0

Unit Death Metal dari AS, Martyred adalah definisi sebenar relentless brutality. Ini digambarkan dalam album penuh terkini mereka berjudul The Relegation yang dikeluarkan melalui Time to Kill Records yang ganas tak bertepi dan menampar pendengaran dengan Death Metal yang penuh teknikal.

The Relegation menjamu pendengar dengan stail USDM yang bercampur-baur antara Death Metal dengan Deathgrind. Intense dengan tempo menderu bak taufan diperhebat riffs yang punishing. Rasa macam kena langgar lori pun ada dengan pedal berkembar membalun mengiringi permainan gitar yang neckbreaking tetapi catchy disempurnakan dengan vokal  yang pekak tekak; ada kalanya low, ada kalanya high shriek yang memberi counter-balance. Mendengar The Relegation sebenarnya berbahaya kerana mengundang kepala untuk headbang dan kaki terhayun-hayun disebabkan interplay gitar dan dram yang padu. Ini bukan brutal semata-mata brutal, sebaliknya brutal yang ada ‘taste’ hasil daripada songwriting dan execution yang sama cemerlang.

The Relegation memberi pengalaman audio Death Metal yang masyuk hasil kualiti rakaman dan adunan yang crisp clear (untuk standard Death Metal). Setiap corner, setiap hit dan setiap not boleh didengar yang semestinya memuaskan kuota nafsu harian untuk pendengar Death Metal. Yang penting, ia adalah terbitan Death Metal yang catchy dan menggalakkan mosh pit untuk dipenuhi tubuh-tubuh yang melayang melanggar sesama-sendiri. Don’t sleep on this band and this record. Ini mungkin antara terbitan Death Metal paling intense tahun ini.

The Relegation kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Dying Fetus, Deicide, Morbid Angel, Suffocation, Hate Eternal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected