Memories of a Lost Soul – Redefining Nothingness [Full Length, 2022]
Ada masanya saya gemarkan Black Metal yang saya dengar berbunyi dramatik dengan sentuhan Gothic dan ditabur perisa Melodic Death Metal. This is exactly apa yang ditawarkan oleh Memories of a Lost Soul, unit Gothic Black Metal Itali dengan album terkininya ‘Redefining Nothingness’ dikeluarkan melalui My Kingdom Music.
Redefining Nothingness menawarkan 9 trek yang berbaur antara stail Rotting Christ era Triarchy of Lost Lovers, Dark Lunacy, Dark Tranquillity dan Cradle of Filth. On paper, nampak macam serabut sikit dengan influences yang rojak namun Redefining Nothingness ditulis dengan baik tanpa desperate untuk menyumbat semua influences ini secara keterlaluan. Memories of a Lost Soul juga menyelitkan dua jenis vokal iaitu harsh vocals dan clean vocals daripada vokal lelaki dan wanita untuk memberi kesan lebih dramatik dan Gothic. Album ini turut diperkuatkan dengan permainan keyboard yang sorrowful untuk mengimbangi stail gitar Black/Melodic Death Metal yang blazing fast.
Tapi, pada saya album ini mempunyai kelemahan yang agak ketara iaitu bloated dengan trek yang panjang-panjang dan unnecessary. Durasi 1 jam untuk album sebenarnya terlalu panjang, apatah lagi dengan ada trek yang mencecah 7 minit yang mempunyai tendency berulang-ulang instead of get to the point dan selesai. Jangan salah sangka, banyak trek yang ditulis menarik, terutamanya yang ada dual vocals dan keyboard, tapi dicacatkan dengan kecenderungan untuk melalut mengulang riffs yang sama. Daripada sedap layan terus rasa macam terpinga kejap. Paling sedih sebenarnya adalah trek-trek yang sedap terdapat di 5 lagu terakhir! Dah penat menunggu baru dapat layan. Aduh.
Redefining Nothingness kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Rotting Christ, Dark Lunacy, Dark Tranquillity, Cradle of Filth