Chaos – All Against All (2017)
Chaos merupakan antara band berkiblatkan Thrash Metal dan telah tertubuh seawal 2005. Berbekalkan sebuah demo pada 2009 dan sebuah album penuh berjudul Violence Redemption (2013), band dari Trivandrum, Kerala India ini nampak makin mengganas dengan penghasilan album kedua bertajuk All Against All yang bakal menemui pasran pada 10 June 2017. All Against All akan dikeluarkan oleh Transcending Obscurity Records (India).
1 – The Great Divide
2 – The Inevitable Genocide
3 – All Against All
4 – Indoctrination
5 – Death To The Elite
6 – The Enemy
7 – Patrons Of Pain
8 – Asylum
9 – Portrait In Blood
10 – The Escape
Wow secara keseluruhan All Against All (2017) terbukti rancak, penuh groove hebat dan diluar jangkaan. Pengaruh Kreator, Destruction, Pantera dan Lamb of God paling jelas dimana 4 pengaruh utama ini diblend secukup rasa untuk menghasilkan sebuah album yang benar2 mengejutkan. Ini satu pakej Thrash Metal yang kental, jitu dan tiada belas.
Musicwise, gua beranggapan All Against All lebih menjurus kepada Thrash/Groove Metal. kekuatan utama boleh dikatakan sama rata untuk diberi kredit kerana setiap line up memberikan yang terbaek. Ngauman vocal JK ternyata hebat disamping jeritan dengan nafas yang panjang. Riffing guitar yang rancak dan pengaruh Dimebag Darrell untuk beberapa riffing serta gaya permainan dapat dihidu disamping solo gitar yang boleh di label Nikhil N R adalah seorang guitar shreeder. Bass yang cukup lemak dari Vishnu sebagai latar kena sekali dengan mixing yang cantik bersama tone guitar dan drum. Manu Krishnan di posisi drum ternyata memberi energy berlebihan untuk memastikan setiap track tiada ruang kosng. Gua rasa setiap line up memberi komitmen semaksima mungkin untuk album ini.
Sound produksi untuk album ini antara yang terbaek dihasilkan oleh band2 dari India untuk suku pertama 2017. Tidak salah kiranya gua melabelkan ini keluaran terbaek untuk katogeri Thrash Metal dari negara India bagi suku pertama tahun ini. Momentum yang cukup kuat boleh di kecapi apabila melayan album ini.
Kepada mereka yang mengidam irama Thrash Metal sebenar, All Against All (2017) adalah kemestian. Gua rasa album ini antara kebanggaan Transcending Obscurity untuk tahun ini. jangan lupa kenali Chaos dan dapatkan CD All Against All (2017) jika ianya berada didepan mata anda. Juga untuk sebarang pembelian boleh berhubung terus dengan label Transcending Obscurity records melalui link2 yang kami sediakan dibawah. ini bukan sebarangan Thrash Metal!!!!
Chaos
Email
Facebook
Twitter
Bandcamp
Transcending Obscurity
Email
Official Website
Facebook