Thy Regiment – Iron Heart (EP2017)
Thy Regiment merupakan antara jentera penggerak scene Hardcore tempatan selain beberapa nama kental lain seperti Restraint, KOTM, Second Combat dan lain2 lagi. Gua antara pendengar music dari Thy Regiment sejak demo EP Mindbleed sekitar 2008 dahulu. 7 tahun selepas kelahiran album sulung Forgive & Forget (2010), mereka tampil dengan sebuah material terbaru bertajuk Iron Heart (EP2017) yang menyenaraikan 5 track terbaru bersama 2 track dari Mindbleed EP beserta sebuah track yang diambil dari kompilasi Give & Take dari Nervous Records. Iron Heart (EP2017) dikeluarkan oleh Terr-Records.
Iron Heart (EP2017) melalui proses rakaman di MC16 Studio. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Senndart. Dinyatakan track bass untuk EP ini dimainkan oleh Akmal dari band T.I.M.
EP ini pantas bernada keras sedari track pertama lagi yang bertajuk Uprising. Jika diteliti dan dibandingkan track terbaru ini dengan previous material mereka, ternyata Thy Regiment masih utuh dan kental bersama pegangan Hardcore yang keras dan berat sama seperti apa yang mereka pernah lakukan sebelum ini. Cuma sebagai pendengar awal Thy Regiment, kelainan hanyalah pada sudut vocal dimana Alwee merupakan vocalist baru yang menggantikan vocalist terdahulu yang lebih kepada teknik growl. Pada gua Alwee punya keistimewaan yang mana cara penyampaian vocalnya menjadikan music Thy Regiment kedengaran kembali kepada Hardcore yang sebenar.
Track kedua bertajuk Stomper yang diberi preview awal melalui lirik video jelas menunjukkan bagaimana penampilan Thy Regiment beserta music terbaru mereka. Track ini tetap berat, keras dan kental dan pasti bakal menyaksikan aksi body slam apabila dimainkan diatas pentas.
Gua sedari juga bermula dari track ketiga ini, Thy Regiment seakan menambah injeksi keatas music mereka. Mungkin strategi susunan track yang sengaja dibuat yang menuju lebih berat mengikut track2 secara berturutan. Never Look Back mungkin paling ternyata perisa Hardcore nya jika dilihat dari kesemua track.
Get Away From Me pada startingnya mengingatkan gua pada sebuah track ciptaan Robb Flynn dari Machine Head yang dinyanyikan oleh Max Cavalera bertajuk Independent (Voice of the Voiceless) dalam projek Roadrunner United. hahaha.. Ok, itu hanya starting sahaja, apabila verse pertama menjengah, seperti yang gua katakan diperenggan diatas, kekentalan dan kekerasan semakin menjadi2. Sudah hampir seakan mendengar produk bergenre Metal.
Iron Heart yang merupakan tajuk kepada EP ini merupakan antara track yang paling chaos. Pengaruh Slayer paling jelas dapat gua hidu melalui beberapa riffing namun Thy Regiment bijak mengolah track ini dan memastikan ianya kekal dalam konteks Hardcore itu sendiri. Ini track pilihan gua!
Tiga buah bonus track yang mana 2 daripadanya diambil dari Mindbleed EP sebenarnya seakan menyembunyikan konsep EP itu yang pada gua agak lari dari ketipikalan genre Hardcore pada ketika itu. Ya, jika dihadam kesemua track melalui EP tersebut tak salah jika gua katakan EP tersebut lebih bersifat Tribal Hardcore. Ok, sapa yang ada CD EP tersebut akan memahaminya.
Secara keseluruhan seakan tidak puas apabila CD ini diputarkan. Thy Regiment punya formula sendiri dalam penulisan lagu2 mereka. Jelas mereka bijak dalam melarikan diri dari dibanding dan disamakan dengan band2 hardcore tempatan lain walaupun masing2 berusaha menghasilkan music yang paling keras dan kental sehingga Hardcore itu mencecah ke arah Metal.
Dari segi sound produksi, ternyata hasil tangan Senddart yang merupakan drummer Daarchlea, perlu diberi perhatian. Ianya terbukti meletup! Tiada komplen berkenaan sound produksi dan ianya perfect dan mampu menyaingi sound2 produk luar negara. Ok, CD EP ini boleh jual luar!
Akhir kata, penggemar Hardcore kental, keras dan bersifat “heavy” anda perlu dapatkan EP ini. Kepuasan boleh dirasai sepanjang CD ini dimainkan. Cuma gua x puas cuma ada 5 lagu baru sahaja yang membantai gegendang telinga gua. Gua harap Thy Regiment bakal menghasilkan album penuh kedua pula selepas ini. Dapatkan Iron Heart (EP2017) dengan harga RM20 by hand untuk CD. EP ini juga dikeluarkan dalam format kaset. Hubungi Glord Records atau Terr-records untuk copy anda.
Thy Regiment
Email
Facebook
Twitter
Instagram
Glord Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp