Bleeding Sorrow – Drowning [Full Length, 2021]

0

Bleeding Sorrow merupakan side-project kepada vokalis/gitaris Vagrond, iaitu Mortcer. Memainkan Atmospheric/Post-Black Metal yang berbunyi harsh dan buzzing, projek solo dari Australia ini mengingatkan saya kepada Woods of Desolation dan Austere melalui terbitan penuh sulungnya, Drowning yang terbit melalui Northern Silence Productions.

Mendengar Drowning sebenarnya membuatkan saya mempunyai strong reaction. Jelas permainan gitar atmospheric dan melancholic membuatkan saya immediately hanyut dalam lautan penuh feel. Namun vokal yang wailing (standard gaya DSBM) bagaikan tak cukup makan nasik, tone gitar yang buzzing bagaikan Black Metal second wave dengan dram berbunyi mesin membuat saya sedikit turned-off. Bleeding Sorrow mempunyai riffs yang menarik dan appealing untuk dilayan. Cukup menusuk kalbum dengan feel hopeless tetapi hopeful pada masa yang sama. Sesuai didengar semasa berseorangan layan perasaan. 

Sekali dengar macam Woods of Desolation dengan vokal yang lebih terlolong lagi terseksa. Tone gitar yang buruk ini mengingatkan saya kepada An Autumn for Crippled Children; tone yang muddy dan buzzing menenggelamkan riffs catchy menjadikan Drowning could be a better release had the production jadi lebih teliti. But on the other hand, tone buzzing memberi feel sedikit raw dan menterjemah feel serabut dengan cemerlang sekali. I guess, it depends how you look at it.

Drowning kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Woods of Desolation, Austere, An Autumn for Crippled Children

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *