Fetal Bleeding – The Quest Of Immortality (2018)

0

Agak lama tidak di seksa dengan irama kejam, tanpa belas kasihan yang boleh mengundang mental tortured! hahahaha.. Fetal Bleeding adalah antara pejuang Death Metal dari Bogor Jawa Barat Indonesia. Band ini wujud sekitar 2010, mengalami beberapa fasa perubahan line up, menghasilkan sebuah demo, EP dan single sebelum menarik perhatian label dari Thailand iaitu Brute! Productions untuk kelahiran full length sulung berjudul The Quest of Immortality (2018). Album ini mula dipasarkan pada 1 December 2018.

Lank (Guitars & Bass), Yogga Beges (Vocals), Wawan (Drums)
Artwork oleh Aghy R Purakusuma
Design & Layout by Yogga Beges
Tracklist :
1 – …as Torture Become Lust
2 – Sugra
3 – Consuming Human Flesh Malediction
4 – Legion of Delusion
5 – Grief Cavity
6 – Salvation by Death
7 – Wallow in Defeat
8 – The Useless One Bleeds
9 – The Last Rites
The Quest of Immortality melalui proses rakaman di 2 buah studio berasingan dimana track drum dirakam di Masterplan Studio Chamber, Bandung oleh Zoteng. Manakala track untuk gitar, bass dan vocal dirakam di Morbid Studio, Bogor oleh Lank. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Ridho di Gubuck Gor Record, Bogor. Penulisan dan susunan lagu dilakukan oleh Lank sepenuhnya manakala Yogga Beges bertindak sepenuhnya didalam proses penulisan lirik. Sesuatu yang menarik didalam album ini adalah terdapat 3 buah lagu yang mendapat suntikan vocalist undangan iaitu Panyawat dari band Intricated (Thailand) untuk track berjudul Wallow in Defeat, Syn Taguchi dari band Undead Daredevil (Japan) untuk track berjudul The Last Rites dan Aditiya dari band Gerogot, Raw, Brain Damage (Indonesia) untuk track Consuming Human Flesh Malediction.
9 buah track untuk durasi melebihi setengah jam benar2 boleh bikin gegendang telinga anda terseksa dengan dentuman, bedilan dan geseran tanpa belas dari Fetal Bleeding. Jika diamati Fetal Bleeding adalah termaktub didalam band2 yang jelas memperjuangkan genre Brutal Death Metal. Mereka cuba lari dari termasuk didalam kepompong Gore walaupun cara pembawaan vocal Yogga Beges boleh dikatakan lebih cenderung kearah itu. Music Fetal Bleeding kebanyakkannya menjurus kearah Brutal Death Metal dengan riffing2 yang boleh didengar secara semulajadi dari band2 tersohor dunia. Hentakan drum ternyata cukup bertenaga dan tidak memberi sebarang ruang kosong. Wawan merupakan drummer keempat Fetal Bleeding dimana beliau menyertai sekitar 2017.
Pada gua sebagai seorang pelahap music2 extreme dan berdistortion, The Quest of Immortality mungkin berada dalam kategori material2 terbaek dari Indonesia untuk 2018 walaupun rata2 music keras di Indonesia memang didominasi oleh genre2 sebegini. Tahap kualiti rakaman dan mutu bunyi akhir untuk album ini adalah terbaek dan sekali lagi ianya adalah satu saingan sihat kerana Indonesia sudah berada pada satu tahap tersendiri untuk penghasilan mutu bunyi/produksi genre2 berat.

The Quest of Immortality hanya dikeluarkan dalam format CD dan masih boleh diperolehi melalui pihak label Brute! Production (link diakhir entry) Thailand, dan ianya juga boleh dibeli untuk format digital melalui laman bandcamp Fetal Bleeding dan Brute! Productions. Ayuh sekali sekala menyeksa gegendang telinga!!!!

Fetal Bleeding
Email
Brute! Productions (Thailand)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected