1357 – La Guerre [Full Length, 2023]
Bila ada projek muzik menamakan entiti mereka dengan tahun, saya jadi excited. Macam projek Dungeon Synth Perancis bernama 1357 ni, saya assume dia revolve around sesuatu yang significant pada tahun tersebut. Macam 1349 (tahun Black Death plague bermula di Norway), dan 1914 (tahun World War 1 bermula), jadi 1357 apa pulak. Lepas saya buat sedikit pembacaan, saya masih belum bertemu jawapan yang definite, tapi assuming 100 Years’ War berlaku pada 1337-1453, saya berpendapat isi dan tema projek muzik ini berkisar tentang konflik tersebut, or I might be completely wrong.
La Guerre menampilkan stail Dungeon Synth yang bersulam sedikit Martial music (memandangkan temanya tentang perang, so I guess appropriate la) dan Dark Ritual/Ambient.
Lepas puas membaca sejarah perang ini, saya kembali mendengar La Guerre (yang bermaksud Peperangan) yang menawarkan 7 trek. La Guerre menampilkan stail Dungeon Synth yang bersulam sedikit Martial music (memandangkan temanya tentang perang, so I guess appropriate la) dan Dark Ritual/Ambient. Seperti kebanyakan projek Dungeon Synth, majoriti trek album ini adalah instrumental dengan hanya satu trek mempunyai alunan vokal. La Guerre menghidangkan suasana yang moody, dark dan intense berpaksikan fear of war. Ini didemonstrasikan dalam opening trek Le Troisième Ordre dengan instrument tiupan (macam tetuang bunyinya) yang menggambarkan keadaan perang yang mendebarkan. Trek kedua, La Guerre de la Lance merupakan sambungan terus daripada trek pertama dengan percussion yang berentak march memberikan feel ketenteraan dan persediaan memasuki pertempuran. Seperkara yang saya dapati tentang La Guerre, semakin menuju ke penghujung, feelnya semakin dark dan pessimistic.
Speaking of battles, trek seterusnya, Le Son du Sang mencadangkan suasana pasca-pertempuran; bauan darah, berjalan di antara askar-askar yang terkorban, trauma dan tekanan perasaan yang memuncak adalah sebahagian daripada ungkapan yang saya boleh bayangkan melalui permainan synth yang numb dan menyedihkan.
Trek ketiga, La Terre de nos Pères menyasarkan feel hening dan kerunsingan melalui permainan keyboard/synth yang kedengaran seperti muzik iringan di waktu malam di castle selepas pertempuran yang tegang di siang hari. Bunyian trek ini memberi saya rasa uncomfortable, mencadangkan dalam perang nothing is certain. Trek keempat, Farce Macabre turut memberikan feel yang hampir serupa dengan bunyian seakan harpsichord dan instrument tiupan yang menceritakan perasaan yang berbolak-balik askar-askar in between battles. Speaking of battles, trek seterusnya, Le Son du Sang mencadangkan suasana pasca-pertempuran; bauan darah, berjalan di antara askar-askar yang terkorban, trauma dan tekanan perasaan yang memuncak adalah sebahagian daripada ungkapan yang saya boleh bayangkan melalui permainan synth yang numb dan menyedihkan.
… saya dengar album ini untuk rasa tak selesa dan berangan zaman medieval yang kotor, riddled with diseases, porak-poranda dengan korupsi dan penunggang agama.
Lucem Ac Noctem menampilkan feel yang mysterious dan tension yang menggila melalui alunan vokal wanita yang lirih, spoken words yang seakan paderi memberikan last rite dengan church organ mengawangi. Ini merupakan trek terpanjang dan intense, dengan ritual-like feel yang membuatkan saya agak terpesona (dan again, uncomfortable mengenangkan album ini berlatarbelakangkan peperangan). La Guerre diakhiri dengan Une Lettre Oubliée yang menampilkan sound atmospheric yang brooding dan sebenarnya repetitive dari awal hingga habis. Pada saya, La Guerre memberi gambaran yang grim tentang perang (honestly, perang apa pun saya tak pasti) dan its consequences. 1357 tidaklah fancy dalam executionnya; tiada melodi yang memorable sangat dengan terasa berat melalui atmosphere yang terasa threatening dan depthless. Saya tidak menikmati 1357 sebagaimana saya menikmati keluaran Dungeon Synth saya biasa dengar, sebaliknya saya dengar album ini untuk rasa tak selesa dan berangan zaman medieval yang kotor, riddled with diseases, porak-poranda dengan korupsi dan penunggang agama. And I’m somewhat loving it.
La Guerre kini terdapat dalam format CD, kaset dan muat turun digital.
FFO: Aghast, Burzum (era penjara), Dragnipur, Forlorn Citadel
Ikuti 1357 di: