Zubirun – Promo 97
Ok gua kongsi lagi khazanah lama.. Zubirun secara mukadimahnya adalah band yg membawa genre Black Metal dari Taiping Perak. Promo 97 adalah rilis kedua mereka selepas Y.I.K.ITA demo 1995. Untuk promo ini Zubirun di anggotai oleh MABMS (drums), SHBS (bass/vocal) dan SABMH (guitars).
Tidak dinyatakan sebarang info berkenaan hal ehwal rakaman promo ini. Hanya dinyatakan tracklist, line up dan band contact.
Ini merupakan rilisan Zubirun yang pada gua agak menarik dengan penghasilan 2 buah lagu yang dinyanyikan menggunakan Bahasa Melayu. Untuk rilis selepas promo ini iaitu Hellfire Generation (single) mereka kembali menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantara sebelum kembali dalam dalam Maximum Hell Overdose (EP 2002) dengan beberapa lagu berbahasa Melayu.
Pada gua Black Metal acuan Zubirun untuk era 90an boleh dikira bagus. Permainan pantas, riffing catchy (kadang2 rasa macam dengar Purnamwulan versi laju lah plak) dan pada gua Zubirun sudah ada trademark dan music direction mereka sendiri berdasarkan konsep yang sama dalam ketiga2 lagu terkandung didalam promo ini.
Ok, sebelum gua menutup review ini, dimaklumkan Zubirun sudah R.I.P berdasarkan status band ini didalam Metal Archieve. 4 buah rilis dari Zubirun adalah buah tangan kepada follower music gelap tempatan. Ok, jumpa lagi dalam review khazanah2 lama selepas ini.
ni original tape dubbing dan photostet kan?
Ya.. tape dubbing sony bro..
zubir anak harun
classic!