Zorya – Primeval [EP, 2021]

0

Duo Atmospheric Black Metal dari Slovenia yang bernama Zorya telah mengeluarkan EP kedua mereka yang berjudul ‘Primeval’. Ini merupakan follow-up daripada EP ‘Rusalka’ pada tahun 2020.

Primeval berkisarkan kepercayaan purba Slavic dan juga pengalaman peribadi anggota-anggota Zorya. EP ini sebagaimana terbitan sebelumnya, cuba menampilkan stail Post/Atmospheric/Blackgaze. Namun, saya tak berapa into sangat dengan tone EP ini yang terasa janggal. Pertama sekali, distortion gitar berbunyi garang namun seakan heavily processed dan terlalu digital. Tone clean pula elok bagi saya. Dram juga berbunyi diprogram. Ia jelas sekali apabila lagu mula pick-up pace dan kedengaran sintetik.

Kedua, kebanyakan trek dalam EP ini berbunyi almost too happy untuk jadi Atmospheric Black Metal. Saya faham tone yang bright dan Post-Rock-ish ini berjaya dibawakan band seperti Deafheaven dan Ghost Bath, namun Zorya sebaliknya end up berbunyi seperti band Easycore yang cuba nak jadi Black Metal. Mungkin saja saya yang tak faham, aduh. Namun, trek terakhir Nature benar-benar menangkap perhatian saya dengan permainan yang lebih sinister dan atmospheric. Tone gitar masih berbunyi overprocessed namun lebih terarah kepada sound yang jahat. Ditambah pula dengan female vocals, trek ini nampaknya lebih menjadi berbanding yang lain. Sadly, satu trek bagus saja tidak dapat menyelamatkan keseluruhan EP ini. Saya harap terbitan mereka yang akan datang menjadi lebih berfokus dan berbunyi keji lagi. 

Primeval kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Deafheaven, Ghost Bath, Liturgy, Amesoeurs, Les Discrets

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *