Xaon – Face of Balaam (EP 2016)
Gua terdetik untuk menulis pasal release dari band bernama Xaon ini iaitu Face of Balaam (EP2016). Xaon berasal dari Sion, Switzerland dan melabel music mereka sebagai Melodic Death Metal. Face of Balaam (EP2016) telah berada dipasaran pada 6 Oktober 2016 dan ianya adalah self-release dari Xaon sendiri.
Flo : Concept and Lyrics (bass guitars and backing vocals during the lives)
Rob : Lead Vocals (on “Face of Balaam” opus and live appearances)
Face of Balaam (EP2016) telah melalui proses rakaman, mix dan mastering di Parallel Focus Studios oleh Julian sekitar Jun sehingga Ogos 2015. Rakaman vocal oleh Rob Carson di lakukan di Carsonian Sound Solutions.
How We Become Ephemeral Birds menjadi track pengenalan music Xaon. Persepsi pertama music Xaon ada elemen Melodic, Progressive, Atmospheric dan Death Metal yang tidak terlalu brutal. Sukar untuk menggambarkan music sebenar Xaon jika diadili hanya melalui track pertama. Ok next….
Discrowned pada gua ada kekuatan nya tersendiri. Gabungan vocal Rob bersama Björn “Speed” Strid menjadi tarikan utama untuk track ini. Riffing yang agak technical dan melodi vocal yang berjaya diselarikan adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Ok, gua tak dapat nak imagin bagaimana persembahan live Xaon dengan music latar yang agak atmospheric itu.
Permulaan yang syahdu dengan plucking gitar, alunan synth dan nyanyian clean vocal memberi sedikit kelainan untuk track ketiga berjudul When The Everlasting Gardens Die Away. Track ini tidak terlalu agresif untuk keseluruhannya. Boleh layan jika jemu dengan paluan drum kerana ini track yang sedikit rilek.
The Soulcleaner sebuah track rancak dan perubahan mood dalam verse yang sama memang kedengaran menarik ditambah dengan groove untuk beberapa part. Sekali skala dengar lagu sebegini kadangkala mampu juga untuk otak menghasilkan riffing kreatif sebegini. hahaha… Track ini antara yang boleh dilayan.
Veins Like Burned Trees (The Awe That Walketh In Obscurity Part1) menjadi track penutup Ep berdurasi 26 minit lebih ini secara totalnya. Permulaan intro yang meleret dengan bunyian synth sebelum irama berdistortion dimainkan. Track yang menarik pada gua ada flow dalam komposisi lagu nya.
Music Xaon sebenarnya agak komplikated jika mengikut apa yang mereka labelkan sebagai Melodic Death Metal. Ianya pada pendengaran gua lebih kepada campuran Modern, Atmospheric dan Progressive Metal. Gabungan ini boleh gua definisikan (mungkin hampir tepat) sebagai Modern Melodic Metal. Sukar untuk mencari band2 yang seakan mirip yang sama dalam pembawaan music ciptaan Xaon. Seperkara perlu disebut walaupun Xaon tidak mempunyai pemain drum tetap (rakaman menggunakan drum programming), mereka tetap bermain live dengan menggunakan rakan2 sessionist untuk posisi gitar kedua dan drummer.
Face of Balaam (EP2016) adalah self-release oleh Xaon. Mungkin akan ada sedikit preview dari EP ini dalam masa terdekat dan jika berminat sila hubungi Xaon melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah ini. Dinyatakan juga music Xaon adalah hasil pengaruh dari Anathema, Type O Negative, My Dying Bride, Soilwork, Demonical, Ulver dan Disgrace. Band2 yang disebuat adalah gambaran sebenar music garapan Xaon.
Official Website
Email
Facebook
Twitter
Bandcamp
Youtube
* Kredit kepada Clawhammer PR untuk preview awal ini.