Winds Of Genocide – The Arrival Of Apocalyptic Armaggeddon (2010)
Review ni gua tulis spontan masa dok dengar tape album ni.. Band bernama Winds Of Genocide yang berasal dari UK ini secara rasminya ditubuhkan pada 2006 namun mula menghasilkan demo pertama bertajuk Apokalyptic Death Crust sebelum muncul dengan EP bertajuk The Arrival Of Apocalyptic Armaggeddon juga pada tahun yang sama. Menarik untuk diperkatakan kerana album ini punya gabungan kuat irama crust + metal + punk. Seperkara lagi ialah segala ngauman yang boleh didengar datangnya dari seorang perempuan.
Kat Shevil (Vocal), Glynn Alkohall (Guitar), Linus (Drums), Dan H (Bass)
Rakaman dilakukan di Studio lin12 Bradford bermula dari 30 Julai sehingga Ogos 2010. Proses rakaman, mixing dan mastering dilakukan oleh Bri Doom. Beliau juga bertindak sebagai penerbit EP ini.
Doomsday Soldiers menjadi pembuka sesi pengenalan dimana rentak dan riffing kedengaran lebih ke arah dbeat tetapi vocalist menggunakan teknik growl dan sesekali scream. Track ini agak mendatar flow nya.
In The Shadow Of The Scythe Of Death masih seperti mana anda mendengar track pertama tadi. Tahap agresif mungkin sedikit meningkat namun riffing nya membuatkan seakan gua mendengar The Exploited.
The Arrival Of Apokalyptic Armageddon yang merupakan tajuk kepada EP ini agak bagus arrangementnya dan ada flow. Ok, lagu ini agak agresif dan boleh bikin crowd sedikit menggila jika dibawa secara live. Beberapa jeritan juga kedengaran di beberapa part lagu.
Storms Of Hooded Horsemen boleh tahan juga penangan di awalan track. Riffing gitar mungkin sedikit jahat beserta keteukan drum yang jelas punya pengaruh metal. Masuk jugak dengan cara nyanyian berteknik growl dari Kat Shevil.
Hellhounds Of The Macabre End menjadi track terakhir didalam EP ini. Ok, mungkin track ini agak berlainan dari track2 terdahulu jika diambil kira riffing nya. Ok, apabila verse pertama bermula ianya kembali seperti track2 terdahulu.
Sound produksi The Arrival Of Apocalyptic Armaggeddon tidak lah clean kerana elemen raw masih dapat dihidu pada setiap lagu. Drum yang berbunyi organik lebih kepada dbeat manakal riffing gitar punya sedikit pengaruh punk yang laju dan tidak lari dari dbeat. Perencah metal mungkin boleh didengar pada ngauman vocalist nya serta beberapa track yang diselitkan sedikit bau2 thrash (walaupun tidak terlalu kental).
Secara keseluruhannya The Arrival Of Apocalyptic Armaggeddon masih boleh dibanggakan kerana ia nya percubaan kedua mereka setelah penghasilan demo pada awal 2010. Mereka aktif membuat persembahan pentas dan mungkin tarikan pendengar ialah pada bahagian vocal kerana ia nya di ngaumkan oleh kaum wanita. Winds Of Genocide juga muncul dengan beberapa split album selepas lahirnya EP ini.
Untuk mengukur kemampuan sebenar Winds Of Genocide anda boleh layan video live yang kami sediakan di bawah ini. Juga untuk mengenali, kami sediakan beberapa link berkenaan band ini dibawah video live ini. Demo dan EP (format kaset sahaja) ini boleh didapati dari sebuah label underground tempatan iaitu Hammercharge Distribution. Sekian….
I always love female vocalists doing growl and screaming!